Total Pageviews

Tuesday, 1 January 2019

Doktor Pakar Diarah Bayar Ganti Rugi Kerana Cuai



Doktor Pakar Diarah Bayar Ganti Rugi Kerana Cuai Semasa Pembedahan





SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat mengarahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi RM165,375.81 kepada seorang wanita akibat kecuaian pembedahan caesarean, empat tahun lepas.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan plaintif, Noorziana Md Yusuf, 40, seorang peguam, terhadap pakar perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Fatima Najla KM Muhd, selaku defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Nursinah dalam penghakimannya berkata Noorziana berjaya membuktikan kecuaian Dr Fatma Najla semasa menjalankan pembedahan itu sehingga menyebabkannya mengalami kesakitan, komplikasi dan kecederaan.

Pada 6 Dis 2012, Noorziana dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kelana Jaya, dekat sini bagi melahirkan anak keempat secara pembedahan yang dikendalikan oleh doktor tersebut.

"Dia kemudiannya mengalami kebocoran air kencing dan faraj selepas pembedahan itu dan ujian 'Cystogram' mengesahkan Noorziana mengalami 'Vesico-Uterine Fistula' (kecederaan pada saluran pundi kencing).

"Dalam kes ini, defendan pertama mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan dan komplikasi yang dialami oleh plaintif," kata Nursinah.

Mahkamah memerintahkan Dr Fatma Najla membayar pampasan RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM14,675.81 sebagai ganti rugi khas; RM700 bagi kos ulang-alik, kos mengikut skala serta faedah sebanyak lima peratus setahun untuk ganti rugi am, 2.5 peratus setahun bagi ganti rugi khas dan lima peratus setahun untuk jumlah kos perundangan.

Noorziana ketika ditemui mengharapkan kes itu akan menjadi pengajaran kepada masyarakat dan pengamal perubatan supaya insiden sama tidak berulang.

Beliau diwakili peguam Azmer Md Saad.












Doktor diarah bayar ganti rugi RM165,375.81 kerana cuai




SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi RM165,375.81 kepada seorang wanita akibat kecuaian pembedahan caesarean, empat tahun lepas.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan plaintif, Noorziana Md Yusuf, 40, seorang peguam, terhadap pakar perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Fatima Najla KM Muhd, selaku defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Nursinah dalam penghakimannya berkata Noorziana berjaya membuktikan kecuaian Dr Fatma Najla semasa menjalankan pembedahan itu sehingga menyebabkannya mengalami kesakitan, komplikasi dan kecederaan.

Pada 6 Dis 2012, Noorziana dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kelana Jaya, dekat sini bagi melahirkan anak keempat secara pembedahan yang dikendalikan oleh doktor tersebut.

“Dia kemudiannya mengalami kebocoran air kencing dan faraj selepas pembedahan itu dan ujian ‘Cystogram’ mengesahkan Noorziana mengalami ‘Vesico-Uterine Fistula’ (kecederaan pada saluran pundi kencing).

“Dalam kes ini, defendan pertama mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kecederaan dan komplikasi yang dialami oleh plaintif,” kata Nursinah.

Mahkamah memerintahkan Dr Fatma Najla membayar pampasan RM50,000 bagi kesakitan dan penderitaan; RM14,675.81 sebagai ganti rugi khas; RM100,000 sebagai ganti rugi am; RM700 bagi kos ulang-alik, kos mengikut skala serta faedah sebanyak lima peratus setahun untuk ganti rugi am, 2.5 peratus setahun bagi ganti rugi khas dan lima peratus setahun untuk jumlah kos perundangan.

Noorziana ketika ditemui mengharapkan kes itu akan menjadi pengajaran kepada masyarakat dan pengamal perubatan supaya insiden sama tidak berulang.

Beliau diwakili peguam Azmer Md Saad. — Bernama







Doktor cuai, peguam dapat ganti rugi






SHAH ALAM 8 April – Seorang peguam yang mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan caesarean, hari ini beroleh ganti rugi RM165,375.81 ekoran kecuaian seorang doktor sebuah hospital swasta dekat sini semasa melakukan pembedahan itu, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Datin Nursinah Adzmi di kamar hakim setelah Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Fatima Najla KM Muhd. mengakui bertanggungjawab ke atas dakwaan melakukan kecuaian dalam tuntutan saman yang dikemukakan oleh Noorziana Md. Yusof.

“Dalam kes ini, defendan pertama (Fatima Najla) mengakui bertanggungan sepenuhnya terhadap kecederaan dan komplikasi yang dialami oleh plaintif (Noorziana). Liabiliti disetujui 100 peratus terhadap defendan pertama,” menurut keputusan hakim tersebut.

Pada asalnya, Noorziana turut menyaman Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) tetapi disebabkan Fatima Najla telah mengaku cuai, tindakan terhadap hospital swasta itu menjadi akademik dan tidak diteruskan.

Peguam, Azmer Md. Saad yang mewakili Noorziana, 40, memberitahu pemberita, hakim menetapkan ganti rugi am RM100,000 kepada anak guamnya melibatkan kebocoran pundi kencing dan faraj dan RM50,000 bagi kesakitan serta penderitaan; ganti rugi khas RM14,675.81 bagi bil perubatan dan kos ulang alik RM700.



...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.