Total Pageviews

Wednesday 2 January 2019

badan rosak akibat ubat kuat






Menurut berita yang dibaca di BH05/08/2010 - Ubat kuat lelaki memudaratkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat kuat lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.


Kebanyakan ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampurdengan bahan-bahan racun  seperti sildenafil,  tadalafil dan verddanafil yang juga bahan aktif perangsang seks lelaki. Ubat-ubatan yang disebutkan di sini berfungsi untuk rawatan erectile dysfunction yang HANYA boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesendengan preskripsi dari seorang doktor. Dikatakan, kesan sampingan ubat itu adalah sangat merbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.


Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan. Antara kemudaratan ubat itu ialah :


1.           serangan jantung,
2.           strok,
3.           pendarahan otak,
4.           peningkatan tekanan darah,
5.           bengkak hati,
6.           kegagalan buah pinggang daripada berfungsi,
7.           kehilangan pendengaran sementara / kekal
8.           kehilangan penglihatan sementara / kekal.


Ngerinya melihat penyakit-penyakit yang disenaraikan... Sebenarnya, sudah banyak kali juga saya baca berita sebegini di situ sana sini, tetapi ‘ubat kuat’ masih mendapat sambutan tidak kira daripada yang muda mahupun yang sudah tua. Hairan ya, mengapa perlukan ubat kuat? Adakah lelaki Malaysia sudah tidak cukup kuat sehingga terpaksa bergantung kepada ubat untuk menjadi kuat?? Saya bersetuju dengan menteri berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) sebegini. Eloklah Kementerian Kesihatan melancarkan perang habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar.



Ramai Melayu berpoligami ambil produk tradisional?!


Biar betul... ini bukan cerita dongeng Laman Seri atau saja-saja buat mereka-reka cerita. Ini kisah benar yang dipetik secara langsung dari BH09/08/2010 - Ramai Melayu berpoligami ambil produk tradisional.


Dilaporkan, orang Melayu termasuk lelaki berpoligami, dikenal pasti paling ramai mengambil produk kesihatan tambahan dan ubat tradisional mengandungi racun berjadual yang berlambak di pasaran seperti ubat perangsang seks kerana keinginan keterlaluan selain kemaruk untuk mencuba. Dipercayai lelaki berpoligami di kalangan orang Melayu turut mengambil ubat perangsang seks kerana mahu memenuhi tuntutan isteri masing-masing.


Selain itu, lelaki yang menghadapi masalah seks lebih rela mendapatkan rawatan dengan memakan produk berkenaan berbanding berjumpa doktor bertauliah kerana malu mengakui mempunyai masalah berkenaan.


Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Maamor Osman, berkata orang Melayu juga mudah terpengaruh atau diperbodohkan dengan testimoni serta iklan yang disiarkan pada media massa atau promosi jualan ubat berkenaan di kaki lima atau secara dalam talian.


Kajian juga mendapati bukan semua pengguna ubat perangsang seks menghadapi masalah kesihatan reproduktif, sebaliknya SENGAJA mengambil ubat itu kerana mahu mencuba selepas orang lain menceritakan keberkesanan produk yang diambil. Berita selebihnya di SINI.


Demikian berita yang dibaca petang ini. Teringat saya feedback Bro Manntrexx di SIM grup menerusi entry Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS.



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.