RAMPASAN PRODUK TIDAK
BERDAFTAR BERNILAI RM 7.4 JUTA
Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah
berjaya merampas beberapa jenis produk tradisional Cina yang tidak berdaftar
bernilai RM 7.4 juta di Kuching, Sarawak. Rampasan ini adalah hasil daripada
saringan pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Senari Kuching dan seterusnya
membawa kepada satu serbuan yang dilakukan pada 8 Januari 2019 di gudang
penyimpanan di Kuching, Sarawak. Senarai produk-produk tidak berdaftar yang
telah dirampas dalam operasi tersebut adalah seperti di Lampiran A.
Hasil
pemeriksaan yang dijalankan telah menemui sejumlah lebih 100 ribu kotak
produk-produk tidak berdaftar. Kesemua produk ini dipercayai didalangi oleh
sindiket dan dibawa masuk secara tidak sah untuk pasaran domestik khususnya di
Sarawak. KKM sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap semua pihak
yang terlibat dalam sindiket ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap
pihak berkenaan.
Individu
atau syarikat yang didapati terlibat menjual produk-produk berkenaan akan
disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Jika sabit kesalahan, individu
terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara
tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan
denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya. Manakala, bagi syarikat yang
melakukan kesalahan tersebut pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk
kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
KKM
juga memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai stok
produk ini agar menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan
serta merta memandangkan produk tersebut tidak terjamin daripada segi kualiti
dan keselamatannya.
KKM
juga menyarankan orang ramai untuk menyemak status pendaftaran sebelum membeli
sesuatu produk kesihatan. Produk kesihatan berdaftar boleh dikenalpasti dengan
meneliti ciri-ciri seperti nombor pendaftaran MAL serta label Hologram Meditag
pada pembungkusannya. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu
produk melalui laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan “Product
Status” ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di
talian 03-78835400. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya
dengan iklan-iklan produk kesihatan serta testimoni pengguna yang membuat
tuntutan yang tidak munasabah.
Selain
itu, orang ramai dan pihak media juga digalakkan untuk melaporkan serta
menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama
pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak
dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Laporan dan
maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang
https://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi
Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan
Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03- 78413200 agar
tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk ini di
pasaran.
Sekian,
terima kasih.
DATUK
DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA
PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14
JANUARI 2019
SENARAI
PRODUK-PRODUK TIDAK BERDAFTAR YANG DIRAMPAS DALAM OPERASI TERSEBUT:
Bil
|
Nama Produk
|
1.
|
Ginseng Kianpi Pill
|
2.
|
Tou Gubao Pil
Reumatisme
|
3.
|
Niao Suan Wan Pil
Urik Asid
|
4.
|
Tian Ma Tu Chung
Seven Leaves Ginseng
|
5.
|
Qu Fe Su Wei Lin
Dan
|
6.
|
Tong Mai Dan
|
7.
|
Jiang Chun Yi Suan
Wan
|
8.
|
Ke Ong
|
9.
|
Samyun Wan 20
Capsule
|
10.
|
High Strength
Samyun Wan 20 Capsule
|
11.
|
Kotak Kuning
bertulisan Cina Bewarna Merah & Emas
|
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.