Total Pageviews

Tuesday 1 January 2019

cili import Vietnam digantung serta-merta


cili import Vietnam digantung serta-merta





KUALA LUMPUR 14 Sept. - Jabatan Pertanian memutuskan menggantung sementara pengeluaran semua permit import (IP) bagi cili dari Vietnam, berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini.

Menurut kenyataan jabatan berkenaan, penggantungan itu dibuat hasil daripada pemantauan kadar sisa racun di pintu masuk utama negara.

Jelas kenyataan tersebut, ha­sil analisis dijalankan terhadap sampel mendapati lebih 50 peratus cili import dari Vietnam melanggar Tahap Maksimum Residu (MRL) racun perosak.

“Bagi tujuan keselamatan makanan, tindakan penggantungan pengeluaran IP cili dilaksanakan kepada pengimport yang gagal mematuhi MRL dibenarkan.

“Oleh demikian, Jaba­tan Pertanian membuat penggantungan sementara IP dari negara berkenaan sehingga dibe­ritahu kelak. Berkuat kuasa serta- merta,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, analisis dijalankan merangkumi kumpulan racun perosak seperti Organophosphate, Synthetic Pye­throid, Carbamate, Triazole dan Dithocarbamate.
Pada 22 Ogos lalu, Laporan Khas Utusan Malaysia mendedahkan Malaysia menjadi pusat lambakan hasil pertanian eksport negara luar terutamanya cili merah yang gagal melepasi piawaian negara lain.
Susulan laporan itu, kementerian menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas sembilan kontena bagi meneliti kualiti terma­suk MRL cili import yang dibawa masuk dari Vietnam di Pelabuhan Klang pada 26 Ogos lalu.
Rentetan itu, pihak kementerian termasuk Jabatan Pertanian turut memperlihatkan komitmen dengan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) me­ngawal kemasukan sayur-sayuran import berpenyakit dan beracun tinggi, selain bersedia membantu petani untuk menghantar petisyen antilambakan ke negara yang membekalkan hasil pertanian tidak selamat.




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.