Total Pageviews

Tuesday 1 January 2019

KPDNHEP siasat aduan cili tiruan



KPDNHEP siasat aduan cili tiruan







KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesahkan menerima laporan berhbung kes cili merah yang didakwa plastik dan tiruan dijual di Kemaman.
Sehubungan itu, sepasukan penguatkuasa KPDNHEP membuat pemeriksaan dan siasatan di pasar mini yang didakwa menjual cili merah tiruan itu.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, pada 28 Disember lalu, KPDNHEP turut menjalankan pemeriksaan dan mengambil keterangan daripada pembekal cili itu di Pekan, Pahang.
"Kami sudah membuka kertas siasatan dan sampel cili yang diambil daripada pengadu, peruncit dan pembekal di Pekan, Pahang, sudah dihantar ke Jabatan Kimia Terengganu untuk dianalisis.
"Hasil siasiatan yang dijalankan, bekalan cili itu didakwa diperolehi daripada luar negara.
"KPDNHEP juga merujuk Jabatan Pertanian dan mendakwa cili merah import itu disaluti sejenis bahan cecair untuk memastikan ia tahan lebih lama," katanya.
Rabu lalu tular sebuah video yang diambil seorang suri rumah dari Gong Pauh, Kemaman, yang mendakwa membeli cili merah tiruan diperbuat daripada plastik di pasar mini di Kemaman.
Berdasarkan video itu, cili merah berkenaan dikatakan sukar dihiris dan apabila dibakar ia berbau plastik.
Sehubungan itu, suri rumah berkenaan membuat laporan kepada KPDNHEP untuk siasatan lanjut.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Disember 2018 





].

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.