PRODUK-PRODUK
KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
1.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan
produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual
seperti di bawah:
Bil.
|
Nama Produk
|
Nombor Notifikasi
|
Racun Berjadual
Yang Dikesan
|
Nama Pemegang
Notifikasi
|
1.
|
Tati Ultra
Treatment
|
NOT171202674K
|
Hydroquinone &
Tretinoin
|
NH Biz Resources
|
2.
|
Tati Ultra Night
Cream
|
NOT171202673K
|
Merkuri
|
NH Biz Resources
|
3
|
Deeja Dream Cream
|
NOT180105343K
|
Hydroquinone
|
Limajari Marketing
|
4.
|
Deeja Wrinkle Cream
|
NOT180105344K
|
Merkuri
|
Limajari Marketing
|
5.
|
ROBISIS - Anti-Acne
Whitening Day & Night Cream
|
NOT170402517K
|
Merkuri
|
YS Medicals Sdn.
Bhd.
|
6.
|
Asdanne Whitening
Freckle Day Cream
|
NOT170804496K
|
Merkuri
|
YS Medicals Sdn.
Bhd.
|
7.
|
Fulenze - Whitening
Freckle Day Cream
|
NOT170900717K
|
Merkuri
|
YS Medicals Sdn.
Bhd.
|
2.
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam
produk berkenaan.
PERIHAL
BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN
3.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk
farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan
hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
4.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan
untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh
menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna
kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari
penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang
mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh
meningkatkan risiko kanser kulit.
5.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk
tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan
tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian
kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan
hipersensitif kepada cahaya matahari.
6.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk
tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat,
kulit tidak sekata serta kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang
terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan
menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh
menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum
dilahirkan.
7.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami
oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang
mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan
kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk
kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik
tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan
produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan
perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN
KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
8.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk
menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan
serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran
produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah
dan Kosmetik 1984.
9.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3
tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi
RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk
kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh
dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga
RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN
KEPADA ORANG AWAM
10.
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan
untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli
profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan
advers.
11.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada
kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk
menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman
sesawang rasmi NPRA https://www.npra.gov.my .
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
29 Januari 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.