Percubaan
seludup 3 kontena cili Vietnam dipatahkan
PUTRAJAYA:
Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan 3 buah kontena
dengan muatan cili Vietnam, yang dibawa bersama buah pittaya (dragon fruit),
tanpa dokumen mengimport cili yang sah pada 17 Dis lepas.
Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam satu kenyataan semalam berkata,
terdapat usaha untuk membawa masuk cili dari Vietnam secara tidak sah ekoran
penggantungan Permit Import (IP) cili dari negara itu dikuatkuasakan.
Menurut
kementerian, kuantiti cili yang ditahan hasil pemeriksaan terhadap 3 kontena
itu dianggarkan sebanyak 9,500 karton bersamaan 14,250kg bagi setiap kontena.
Kontena
yang ditahan itu didapati tidak memiliki dokumen mengimport cili yang sah
seperti Permit Import, Sijil Fitosanitari dan Sijil Perakuan Pematuhan kepada
kehendak penggredan, pembungkusan dan pelabelan, katanya.
Pada
14 September lepas (2018), Jabatan Pertanian mengeluarkan arahan menggantung
sementara pengeluaran semua IP bagi pengimportan cili dari Vietnam setelah
mendapati kadar sisa racun melebihi tahap yang dibenarkan.
“Tindakan
tegas akan diambil ke atas mereka yang menyeludup masuk import keluaran
pertanian yang dilarang, termasuklah kesalahan memalsukan dokumen dan
menyalahgunakan Permit Import,” kata MOA.
Seksyen
11 (1) Akta MAQIS memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau 6 tahun
penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan mengimport keluaran
pertanian tanpa permit.
Seksyen
13 Akta MAQIS pula memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau 2 tahun
penjara atau kedua-keduanya jika disabitkan kesalahan pemalsuan permit, dokumen
atau apa-apa maklumat.
“Tindakan
juga boleh diambil di bawah perundangan lain yang berkaitan seperti Akta Kastam
1967 dan Akta Makanan 1983,” kata MOA.
MOA
juga berkata, penguatkuasaan terhadap pematuhan Peraturan Penggredan,
Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan 1965 (Akta 141) akan dipergiatkan.
“Pematuhan peraturan ini
akan membantu orang awam mengetahui maklumat negara asal sesuatu keluaran
pertanian dan pihak berkuasa menjalankan pengesanan keselamatan makanan,”
katanya.
..
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.