Sayur
dicemari kuman
Jangan
makan 'romaine lettuce' dari AS - KP Kesihatan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan pengguna supaya
tidak memakan ‘romaine lettuce’ yang diimport dari Amerika Syarikat (AS)
berikutan laporan sayur berkenaan dicemari bakteria patogenik Escherichia coli
(E.coli) di negara itu.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia ada
mengimport ‘romaine lettuce’ dari AS dan kementerian sudah mengenakan tindakan
penguatkuasaan “Tahan, Uji dan Lepas” (TUL) terhadap sayur jenis itu yang diimport.
“Pengguna dinasihatkan supaya menyemak label produk untuk
mengenal pasti negara asal produk dan pengguna yang sudah membeli sayur
‘romaine lettuce’ dari AS dinasihatkan supaya tidak memakannya.
“Bagi
mereka yang mempunyai gejala keracunan makanan seperti sakit perut, loya,
muntah dan sakit kepala selepas memakan sayur ‘romaine lettuce’ itu perlu
segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Laman sesawang Washington Post dalam artikel bertajuk ‘Romaine
Lettuce Is Not Safe To Eat, CDC Warns U.S. consumers’ pada 20 November lalu
menyatakan pihak Centers For Disease Control (CDC) and Prevention di AS
melaporkan, seramai 32 orang dari 11 daerah di AS jatuh sakit akibat memakan
‘romaine lettuce ‘ yang dicemari bakteria patogenik E.coli.
Dr
Noor Hisham berkata, kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan juga sudah mengenal pasti pengimport yang mengimport sayur ‘romaine
lettuce’ dari AS dan mengarahkan supaya menarik balik sayur itu dari pasaran
mengikut peruntukan di bawah Seksyen 13C(2), Akta Makanan 1983.
“Kegagalan
mematuhi peruntukan seksyen itu adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan
boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tempoh tidak lebih 10 tahun
atau kedua-dua sekali.
“Selain
itu, penjual juga diminta supaya menghentikan penjualan sayur itu serta-merta,”
katanya.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, E.coli adalah sejenis mikroorganisma patogenik yang
boleh menyebabkan cirit birit, demam dan kesakitan abdomen.
Katanya,
dalam kes yang tertentu, ia boleh menyebabkan kematian khususnya kepada
golongan yang berisiko tinggi seperti bayi, orang tua atau orang yang mempunyai
sistem imuniti yang rendah.
Beliau
turut meminta pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai isu
keselamatan makanan supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan
Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.