Total Pageviews

Wednesday 2 January 2019

Bahaya Makan Salad Romaine


AS keluar amaran wabak E. coli salad romaine




WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pengguna semalam supaya tidak memakan mana-mana salad romaine dan membuangnya jika sudah terbeli, memetik wabak keracunan E. coli.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) mengeluarkan amaran itu untuk kesemua salad romaine hanya dua hari sebelum hari kesyukuran, apabila keluarga di negara itu berkumpul untuk makan besar.
“Pengguna yang sudah terbeli apa-apa jenis salad romaine di rumah mereka seharusnya tidak memakannya dan perlu dibuang, walaupun jika sesetengah sudah dimakan dan tiada seorang pun jatuh sakit,” kata CDC selepas 32 orang dilaporkan jatuh sakit akibat keracunan E. coli di 11 negeri, dengan 13 daripadanya dirawat di hospital. Seorang daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang.
Pihak berkuasa di Kanada berkata, mereka juga mengenal pasti 18 orang jatuh sakit akibat keracunan sama di dua wilayah, Ontario dan Quebec.
“Nasihat ini termasuk semua jenis atau semua bahagian salad romaine seperti keseluruhan kepala, tengah, beg dan kotak salad sebelum dipotong, campuran salad yang mengandungi romaine, termasuk salad kecil dan Caesar.
“Jika anda tidak tahu jika salad itu jenis romaine atau campuran mengandungi romaine, jangan makan dan terus buang,” kata CDC mengakui ia tidak berupaya menentukan dari mana punca sayuran tercemar.
Ia menasihatkan sesiapa yang menyimpan salad romaine dalam peti ais supaya membasuh rak di mana sayuran disimpan. Tiada kematian dilaporkan setakat ini. -AFP





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.