Total Pageviews

Tuesday 1 January 2019

Status Halal Coklat




Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Isu DNA Babi Dalam Coklat Cadbury




Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita DNA babi yang terdapat dalam dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.


"Dulu Halal. Kini Halal. Esok Dan Seterusnya Halal," Kata Cadbury
Pengeluar coklat Cadbury Malaysia mengiklankan khidmat pesanan masyarakat (PSA) di kebanyakan akhbar arus perdana berbahasa Melayu untuk mendapatkan semula keyakinan umat Islam terhadap produk keluaran mereka.



Selain Itu, Cadbury Juga Mengeluarkan Tagline "Segalanya Baik. Kembali Ceria Bersama Kami." Di Dalam Iklan Akhbar Tempatan
“Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami”
Begitulah mesej yang disampaikan oleh pengeluar coklat Cadbury Malaysia yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama Malaysia dalam usaha mereka menawan kembali hati pelanggan.
Pada 2 Jun, JAKIM telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bahawa tiada DNA babi seperti yang didakwa ke atas dua sampel produk terlibat iaitu:
i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2
ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1



Cadbury Malaysia Turut Mengeluarkan Hebahan Media (Press Release) Bagi Meyakinkan Pengguna Terhadap Integriti Dan Ketelusan Mereka Dalam Menyediakan Produk Yang Halal Untuk Dimakan
Menurut laporan berita yang lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr Maszlee Malik seorang pensyarah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antara yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya yakin dengan autoriti yang telah diberikan kepada JAKIM yang merupakan pihak berkuasa dalam hal seumpama ini di Malaysia.



4 Jun: Sampel Coklat Cadbury Yang Diuji Mungkin Tercemar
Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.
“Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang,” katanya.



Datuk Seri Dr. S Subramaniam Berkata, Pihak Kementerian Kesihatan Akan Melawat Dan Memeriksa Kilang Pembuatan Coklat Berkenaan Secepat Mungkin
"Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur," kata Subramaniam.
Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan serta kementerian terbabit untuk membincangkan lebih lanjut berhubung penghasilan produk itu.



3 Jun: JAKIM Sanggup Makan Coklat Cadbury Jika Disuruh
Para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halal produk berkenaan.
Pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata ia bagi menunjukkan bahawa jabatan itu berpegang kepada keputusan yang dikeluarkan.



"Kalau Diminta Kami Makan Coklat Cadbury, Kami Yakin Bahawa Apa Yang Diberikan Status Pensijilan Itu Adalah Halal Sepenuhnya," Kata Amri
"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal."
“Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan,” katanya.



Menurutnya, Standard Dan Prosedur Yang Digunakan JAKIM Bagi Memberikan Sijil Halal Adalah Sama Seperti Kementerian Kesihatan Malaysia
Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.
“JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini," tambahnya lagi.



1 Jun: JAKIM Sedia Disaman Atas Isu Coklat Cadbury
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia disaman dalam isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi atas prinsip ketelusan, kata ketua pengarahnya.
Datuk Othman Mustapha berkata beliau bersetuju dengan tindakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang akan memfailkan saman tersebut.
"Saya setuju, boleh mereka hendak saman, biar kita ada ketelusan," katanya.



Walau Bagaimanapun, JAKIM Tetap Menegaskan Bahawa Mereka Tidak Pernah Memanipulasi Sesuatu Fakta Atau Kebenaran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.
"Jakim mengambil keputusan untuk mengatur pertemuan ini kerana beranggapan pihak NGO yang memberikan pandangan dan kritikan melalui media massa perlu mendapat penjelasan dan maklumat terperinci daripada Jakim," tambahnya lagi.



29 Mei: "Coklat Cadbury Halal," Kata Majlis Fatwa Kebangsaan
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’, demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.



Situasi Ini Termasuk Dalam Kategori 'Umum al-Balwa' Iaitu Kesukaran Berleluasa Yang Sukar Dielak
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

“Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'."
“Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan,” katanya.



Hasil Kajian Mendapati DNA Babi Boleh Menyerap Masuk Ke Dalam Makanan Samada Ia Disengajakan Atau Tidak
Hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.
Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku.



26 Mei: NGO Melayu Bertindak Mahu Saman RM100 Juta Ke Atas Cadbury
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dengan kerjasama Pertubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) beserta 80 lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal memfailkan saman bernilai RM 100 juta terhadap syarikat pengeluar coklat terkenal, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd berhubung penemuan DNA babi dalam dua produknya.
"Bagi kalangan masyarakat Islam di Malaysia ia merupakan satu penghinaan yang amat dahsyat sekali, satu penipuan yang sangat jahat dan harus dibendung supaya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana syarikat yang sengaja mahu menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal."
“Syarikat itu tidak sepatutnya mengeluarkan produk tersebut di pasaran Malaysia apatah lagi di dalam syarikat tersebut yang terdiri dari orang Islam juga,” kata Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.



Mereka Berkata Cadbury Seharusnya Memahami Sensitiviti Umat Islam Di Malaysia Serta Menganggap Sebarang Permohonan Maaf Dari Pihak Cadbury Adalah Tidak Mencukupi
"Mereka sudah sumbat babi dekat mulut kita kemudian baru nak minta maaf?”
“Setakat ini kami telah menerima 700 emel dan Sistem Pesanan Ringkat (SMS) daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini esok dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya lagi.
Azwanddin juga berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Kesihatan juga perlu memohon maaf dan bertanggungjawab di atas kelewatan mereka mengesan DNA Babi berkenaan.



JAKIM Pula Mengizinkan Pengguna Untuk Mengemukakan Saman Terhadap Cadbury Sekiranya Mereka Berasa Tertipu Serta Mempunyai Bukti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Katanya, Jakim perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam.



Pada 24 Mei 2014, Maklumat Tentang Dua Produk Coklat Cadbury Yang Dilaporkan Mempunyai Kandungan DNA Babi Telah Tersebar Luas Di Internet Dan Mendapat Perhatian Media
Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).
Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1 yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.









Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar meluas mulai jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial.



Cadbury Confectionery Malaysia Mengambil Tindakan Untuk Menarik Semula Dua Produk Tersebut Dari Pasaran Dengan Segera
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
Dalam satu kenyataan, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta. Menurut kenyataan itu juga, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.



"Kami Memberi Jaminan Bahawa Coklat Cadbury Yang Dikeluarkan Oleh Malaysia Adalah Disahkan Halal Oleh JAKIM," Kata Cadbury
“Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut."
"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.






Soalan soalan yang Persatuan Peguam Muslim boleh bertanyakan hal:




1. Kenapa selepas isu ini gempar, telah dibuatkan peraturan bahawa pihak JAKIM hanya menerima keputusan dari Makmal Kimia sahaja dan JAKIM tidak lagi menerima atau mengiktiraf sebarang keputusan dari Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) ?
 



2.Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) telah melepasi kelulusan tahap piawai antarabangsa iaitu MS ISO 17025. Ini bermaksud setiap keputusan adalah sah, sahih (valid) dan benar serta boleh dipercayai. Kenapa menidakkan keputusan ini?
3. Bukankah dengan menidakkan keputusan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) serupa seperti menidakkan kebolehan kepakaran Makmal Negara yang bertaraf Kebangsaan, sedangkan MKAK sudah diiktiraf menerima akreditasi keperluan kualiti Makmal Analisa Makanan iaitu MS.ISO.IEC.17025(2005)

4.  Sekiranya KKM mengatakan mungkin ada kontaminasi DNA khinzir kepada coklat itu, kenapa persampelan hari itu tidak dibuat secara lebih adil yakni persampelan diambil serta merta dengan kaedah rawak dengan mengambil sekurang kurangnya 100 sampel pengeluar ( lagi besar saiz sample lebih bagus ) daripada kawasan berlainan dari semua 14 buah negeri di Malaysia? Bukankah ini lebih tepat dan lebih adil untuk masyarakat Muslim Malaysia? 

5. Sekiranya 100 sampel coklat diambil dari setiap negeri di Malaysia sehari selepas keputusan Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh dikeluarkan Kita mau tahu adakah semua sampel coklat tersebut positif DNA khinzir? Berapa peratus sampel coklat yang positif DNA khinzir dan berapa peratus sampel coklat yang negative DNA khinzir? Berapa sebenarnya kadar  kontaminasi? Adakah hasilnya significant atau tidak significant?

6. Kenapa Puan Faizah bt Puad Pegawai Teknoloji Makanan C44, anggota Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK), selaku pegawai yang menjalankan analisa DNA khinzir hari yang berkenaan, tidak dibenarkan bersuara  memberikan pendapat pakar beliau secara telus atau terbuka? Kenapa Makmal Negara bertaraf Kebangsaan yang telah punya MS.ISO.IEC.17025(2005) memberikan keputusan analisa makmal yang tidak boleh dipercayai ( ada kontaminasi ) ? Berapakah kadar kontaminasi dalam ujian yang lain?

  Setakat manakah hak Umat Islam Malaysia untuk mendapatkan makanan halal benar benar terjamin serta terpelihara? Bagaimana kredibiliti kita kerana menidakkan keputusan positif dari makmal bertaraf kebangsaan yang telah melepasi standard piawaian antarabangsa MS ISO 17025 (2005)?






7. Kenapa Ketua Seksyen Makanan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh tidak diwawancara untuk kemukakan pendapat dan pengakuan beliau yang perlu bebas daripada sebarang unsur tekanan paksaan dari Top Management dsbnya, selaras dengan kedudukan beliau sebagai saksi pakar yang boleh memberi keterangan pakar di mahkamah ( sebagai Pegawai Teknoloji Makanan ).


















.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.