Zaman
sekarang telah ada orang sanggup menipu berbuat apa saja asalkan mereka kaya
cepat atau senang cepat, walaupun caranya mereka itu menyalahi agama, malah
menzalimi pula insan lain yang kurang pengetahuan mengenai sesuatu hal.
Ini
bukan tertakluk di kalangan para profesyen kedoktoran sahaja tetapi merangkumi juga
dari kalangan profesion lain seperti perguruan, jurutera, peguam, jurujual, jurulektrik,
mekanik, kilang makanan, kilang minuman, industri peternakan, industri
pembuatan, pusat physiotherapy dsbnya. Justeru tugas berat kepada Department of
Standard Malaysia (DSM) dan SIRIM bagi memastikan hanya yang terbaik disajikan untuk
rakyat Malaysia.
Walaupun
bukan semua yang terlibat, perumpamaan “kerana nila setitik rosak susu
sebelanga” dikhuatiri tidak lagi relevan pada hari ini apabila semakin ramai
yang telah tidak segan silu menipu orang ramai
bagi mendapat hasil janaan pulangan lumayan dalam masa singkat.
Setinggi
penghargaan dan tahniah kepada mereka-mereka yang masih ada integriti jati diri
dan wawasan tinggi yang masih berpegang teguh dengan teras mempermudahkan,
memberi kebaikan kepada manusia lain dan memelihara lestari alam sekitar tanpa
mengharapkan upah, selaras dengan apa yang sebenarnya dikehendaki dan kenapa
sebab manusia diciptakan oleh Tuhan.
Mereka
ini adalah insan terpuji yang sebenarnya ikhlas bekerja, sanggup berkorban masa
dan tenaga memberikan hanya yang terbaik dari profesyen yang diterajui kepada
manusia lain. Mereka juga adalah terdiri daripada golongan yang tidak kisah
menunggu lama daripada memilih menjadi kaya dengan sekelip mata. Berapa
ramaikah bilangan mereka dalam komuniti? Bagaimana cara mengenalpasti mereka?
Bagaimana kaedah mendapatkan khidmat mereka? Inilah antara lontaran soalan
soalan bagi anda sendiri mencari jawapan penyelesaiannya.
Menjurus
kepada penipuan oleh Doktor, ada beberapa tips bagi mengelakkan anda tertipu.
Eloklah anda bertanya dan menyiasat sendiri adakah doktor perawat anda lengkap mempunyai
sijil sijil seperti berikut:
1. Sijil
asas bagi kelayakan pegawai perubatan adalah MBBS, MBBCH, MD.
2. Sijil
asas bagi pergigian adalah BDS.
3. Untuk
doktor pakar pula, mereka perlu menyambung aliran kepakaran yang dipanggil
Masters dalam 4 tahun lagi. Ada juga yang menyambung ke tahap PhD dan
subkepakaran. Bagi orang ramai yang tidak mahu tertipu boleh merujuk ke laman
Malaysian Medical Council (http://www.mmc.gov.my/) untuk
melihat daftar pegawai perubatan manakala bagi kelayakan doktor pakar, orang
ramai boleh merujuk ke laman web National Specialist Registry https://www.nsr.org.my/ssc1.html#1 (NSR).
Laman ini ada juga disertakan di pautan
sebelah kanan laman sesawang ini.
4. Sekiranya
nama doktor yang merawat anda tiada dalam senarai, maka sijil kedoktoran atau
kelayakan kepakaran mereka boleh dipertikaikan yakni samada mungkin sudah luput,
tidak diperbaharui atau mungkin juga doktor penyamar palsu!
5. Mengikut
undang undang Malaysia, seorang doktor tidak boleh mengaku sebagai doktor pakar
selagi namanya tidak tersenarai dalam laman National Specialist Registry.
Untuk
mengelakkan penipuan dari bidang bidang yang lain, kita amat berharap, memerlu dan
menyeru keahlian mereka mereka daripada bidang profesyen tersendiri yang
berkenaan berani tampil sendiri secara ikhlas memberikan tips tips bagi
mengelakkan kita dari terus tertipu dari golongan yang suka menipu.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.