Kesan Mudarat cili beracun
selepas lima tahun
Mudarat cili Vietnam dikesan
selepas lima tahun
KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Petani-Petani Sayur, Tan Su
Tiok menyatakan kebimbangannya kerana kerajaan hanya melarang import cili dari
Vietnam baru-baru ini sedangkan cili dari negara itu telah dieksport ke
Malaysia lebih daripada lima tahun.
Beliau berkata, berbanding hasil pertanian luar negara, produk
tempatan adalah lebih selamat kerana dikawal ketat oleh kerajaan.
Menurutnya, cili import sebaliknya tidak diuji dan disemak
secara teliti sehingga membawa kesan yang memudaratkan kesihatan pengguna
selain menjelaskan harga pasaran berikutan persaingan “tidak sihat”.
Su Tiok berkata, kerajaan digesa supaya tidak memandang bulu
tetapi harus melakukan semakan ketat ke atas cili tempatan dan import supaya
tidak wujud pilih kasih.
Beliau berkata demikian kepada China Press susulan keputusan
Jabatan Pertanian yang menggantung sementara pengeluaran semua permit import
(IP) bagi cili dari Vietnam, berkuat kuasa serta-merta.
Penggantungan itu dibuat hasil daripada pemantauan kadar sisa
racun di pintu masuk utama negara yang mendapati lebih 50 peratus sampel cili
import dari Vietnam melanggar Tahap Maksimum Residu (MRL) racun perosak.
Mengulas lanjut, Su Tiok berkata, petani cili tempatan berdepan
pelbagai masalah seperti perubahan Iklim yang menjejaskan hasil serta kos
tenaga manusia termasuk levi pekerja asing yang akan dinaikkan kepada RM10,000
berbanding RM640 seorang pada masa ini untuk sektor pertanian.
Menurutnya, selain itu, kos racun perosak dan baja juga
meningkat serta membebankan petani.
“Petani memang tidak gemar menanam cili kerana ia sukar ditanam.
Petani cili akan rugi jika hasil tidak memuaskan atau hasil terlalu baik.
“Cili merah tempatan hanya boleh dituai selepas dua bulan dan
tempohnya adalah lebih pendek untuk cili hijau. Jika tuaian berlaku pada ketika
harga pasaran menjunam, maka petani tidak akan untung banyak, malahan mungkin
rugi.” katanya. – MalaysiaGazette
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.