Total Pageviews

Wednesday, 2 January 2019

Doktor Pakar Palsu





Pseudosains bermaksud kepalsuan atas nama sains dan sebutan betul perkataan bagi pseudosains adalah ‘su.do.sains’ (silentkan huruf ‘P’).
Tahun lepas kita digemparkan dengan pendedahan pakar motivasi, ahli perniagaan dan artis terkenal beli gelaran PHD dari universiti palsu. Isu tu dapat perhatian seluruh Malaysia tapi isu penipuan doktor palsu dapat sambutan hambar je, lebih teruk bila dakwaan pseudosains berasaskan ubat dan rawatan mengarut ni sangat popular kat media sosial.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun main peranan lawan doktor palsu yang makin banyak ni melalui media sosial. Laman FB Medical Mythbuster Malaysia (MM3) adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah ROS hasil inisiatif doktor-doktor pakar telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah, untuk bagi penerangan berkaitan hal-hal perubatan. Selain MM3, ada banyak lagi laman-laman FB yang jadi ‘cybertroopers’ untuk lawan doktor palsu, KKM siap buat perjumpaan dengan para admin FB yang bongkar penipuan doktor-doktor palsu ni semua.
1.                    Medical Mythbusters Malaysia (M3)
2.                    PseudoscieneWatch (PW)
3.                    MO Frust
4.                    Root of Science
5.                    Medtweetmy
6.                    The Dressar& Co. (Laman FB pembantu perubatan)
7.                    Dr Afiq Rahim
8.                    Dr Suhazeli Abdullah
9.                    Rakanmedik




.




kalau tuan nak mencari doktor pakar asli, sila masukkan nombor pendaftaran Pakar Mereka ke dalam carian  :




Untuk mencuba, anda hanya perlu masukkan nombor National Specialist Registry pakar anda dalam ruang nombor dan klik cariannya. Contoh NSR no 1303xx dan klik pada butang show.

NSR no adalah Nombor National Specialist Registry. Setiap Doktor Pakar wajib berdaftar di bawah NSR bagi membolehkan mereka benar benar diiktiraf dan layak dipanggil sebagai Doktor Perubatan Pakar di Malaysia. Sistem ini dilaksanakan oleh KKM bagi melindungi hak kepentingan awam kerana telah banyak terdapat pakar yang tidak sabar keluar ke sektor swasta bagi mencari lebih rezeki lumayan berbanding bertugas dengan kerajaan. 

Yang dikhuatirkan adalah doktor pakar yang hanya mempunyai sedikit sahaja bekal pengalaman dengan KKM bermaksud pengalaman berharga mengendalikan  kes kes sukar dan rumit dan mendapat pengalaman daripadanya.

Dukacita apabila Doktor telah pergi ke sektor swasta tanpa pengalaman mencukupi di mana, kes kes sukar, rumit serta mencabar agak kurang kedatangannya di sektor swasta kerana kebanyakkan pesakitnya terdiri daripada pesakit golongan berada atau dilengkapi insuran perubatan. 


Syabas dan Tahniah KKM.




Perasankah anda akan perkara dalam gambar di atas ? Apabila doktor pakar berada dalam sektor kerajaan, mereka adalah garang. Susah nak jumpa atas alasan banyak kes dan anda hanya dapat berjumpa dengan Pegawai perubatan sahaja berbanding dengan dapat berjumpa doktor pakar. Mereka mencampakkan fail Bed Head Ticket apabila tidak puas hati dan ada juga yang menghina pegawai bawahan atau staff nurse dengan panggilan yang tidak patut disebutkan. 

[ Walaupun demikian, ditegaskan masih ada doktor pakar atau pegawai perubatan yang baik hati, bekerja dengan ikhlas dan bukan semua mereka garang atau berorientasikan wang ...  ]


Keadaan berubah menjadi berbeza sekali apabila si doktor pakar telah beralih menjadi businessman di sektor swasta di mana mereka akan menjadi baik dan tidak lagi garang... Pijak semut pun tak mati. Pendekkata... anda ketuk kepala mereka pun mereka tidak akan marah sebaliknya masih tersengih kepada anda... Kenapa, kerana mereka mengharapkan wang dari kocek atau insuran anda... Jika di Government, mereka tidak mendapat bayaran ( selain wang gaji bulanan kerajaan - Itulah sebabnya, doktor2 pakar kerajaan senang dinaik pangkat kepada JUSA C ) walaupun pesakit mereka berlambak lambak atau bertambah atau mereka sudah penat bekerja tetapi masih tidak dapat berehat akibat pertambahan kes... Jika di sektor swasta mereka akan berebut kes kerana bukan semua yang pergi ke swasta mempunyai wang atau berinsuran.

Jadi sekarang anda telah faham bukan?


..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.