Total Pageviews

Tuesday 1 January 2019

Coklat - siasat pegawai bocorkan laporan





KKM siasat pegawai bocorkan laporan awal ujian Cadbury – Dr Hilmi Yahya




PETALING JAYA, 3 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat pegawainya yang membocorkan laporan awal ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam coklat Cadbury, sebelum ujian makmal kedua sempat dijalankan untuk mengesahkan kandungan itu.


Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata sikap terburu-buru seorang pegawai kementerian membocorkan laporan awal ujian itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.


“Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kita sendiri…kini, kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai berkenaan.


“Jakim dan KKM membuat ujian makmal mengikut prosedur yang sama. KKM mempunyai 15 makmal bagi tujuan itu tetapi ujian produk Cadbury dibuat di makmal di Sungai Buloh sebelum ia terbocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari  lepas,” jelas beliau.    

       
Dr Hilmi ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa ke-22 2014 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.     

       
Bagaimanapun, beliau menolak unsur sabotaj dalam pembocoran laporan awal ujian itu di laman sosial.       

    
Dr Hilmi berkata sebarang keputusan mengenai status halal atau haram sesuatu produk kelak akan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).      


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury -Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) – disahkan tiada DNA babi.- BERNAMA











Rujukan :-

 

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/05/24/dna-babi-coklat-cadbury

coklatCadburyporcineKMM

 

 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dna-babi-dikesan-dalam-dua-jenis-coklat-susu-cadbury-dairy-milk-36449

 

 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Abdul Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793

 

 

 
 

https://says.com/my/seismik/segala-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-isu-dna-babi-dalam-coklat-cadbury

"Keputusannya hanya akan diketahui dalam beberapa bulan lagi kerana perlu melalui pelbagai proses dan prosedur," kata Subramaniam.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan pertemuan dengan syarikat pengeluar coklat berkenaan serta kementerian terbabit untuk membincangkan lebih lanjut berhubung penghasilan produk itu.

Para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halal produk berkenaan.

Pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata ia bagi menunjukkan bahawa jabatan itu berpegang kepada keputusan yang dikeluarkan.

"Kalau Diminta Kami Makan Coklat Cadbury, Kami Yakin Bahawa Apa Yang Diberikan Status Pensijilan Itu Adalah Halal Sepenuhnya," Kata Amri

“Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan,” katanya.

Menurutnya, Standard Dan Prosedur Yang Digunakan JAKIM Bagi Memberikan Sijil Halal Adalah Sama Seperti Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

 

1 Jun: JAKIM Sedia Disaman Atas Isu Coklat Cadbury

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia disaman dalam isu coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi atas prinsip ketelusan, kata ketua pengarahnya.

Datuk Othman Mustapha berkata beliau bersetuju dengan tindakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang akan memfailkan saman tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.

29 Mei: "Coklat Cadbury Halal," Kata Majlis Fatwa Kebangsaan

Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu ‘halal dimakan’, demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

Situasi Ini Termasuk Dalam Kategori 'Umum al-Balwa' Iaitu Kesukaran Berleluasa Yang Sukar Dielak

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

 

Hasil Kajian Mendapati DNA Babi Boleh Menyerap Masuk Ke Dalam Makanan Samada Ia Disengajakan Atau Tidak

Hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku.

https://says.com/my/seismik/segala-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-isu-dna-babi-dalam-coklat-cadbury

 

 

https://says.com/my/seismik/segala-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-isu-dna-babi-dalam-coklat-cadbury

26 Mei: NGO Melayu Bertindak Mahu Saman RM100 Juta Ke Atas Cadbury

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dengan kerjasama Pertubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) beserta 80 lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal memfailkan saman bernilai RM 100 juta terhadap syarikat pengeluar coklat terkenal, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd berhubung penemuan DNA babi dalam dua produknya.

"Bagi kalangan masyarakat Islam di Malaysia ia merupakan satu penghinaan yang amat dahsyat sekali, satu penipuan yang sangat jahat dan harus dibendung supaya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana syarikat yang sengaja mahu menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal."

“Syarikat itu tidak sepatutnya mengeluarkan produk tersebut di pasaran Malaysia apatah lagi di dalam syarikat tersebut yang terdiri dari orang Islam juga,” kata Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.

“Setakat ini kami telah menerima 700 emel dan Sistem Pesanan Ringkat (SMS) daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini esok dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya lagi.

Azwanddin juga berkata pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Kesihatan juga perlu memohon maaf dan bertanggungjawab di atas kelewatan mereka mengesan DNA Babi berkenaan.

JAKIM Pula Mengizinkan Pengguna Untuk Mengemukakan Saman Terhadap Cadbury Sekiranya Mereka Berasa Tertipu Serta Mempunyai Bukti

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Katanya, Jakim perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam.

Dalam Pada Itu, Keputusan Rasmi Berhubung Status Halal Coklat Cadbury Berkenaan Akan Diumum Sebaik Keputusan Analisis Jabatan Kimia Diperoleh Dalam Tempoh 7 Hari

Pada 24 Mei 2014, Maklumat Tentang Dua Produk Coklat Cadbury Yang Dilaporkan Mempunyai Kandungan DNA Babi Telah Tersebar Luas Di Internet Dan Mendapat Perhatian Media

Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1 yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.

Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar meluas mulai jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial.

 

https://says.com/my/seismik/segala-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-isu-dna-babi-dalam-coklat-cadbury

 

.











Soalan Kemuskilan:

1. Anggota yang membocorkan keputusan adalah sudah pasti anggota yang takut mengenai dosa pahala.

2. Apabila ada bicara anggota yang berkenaan akan diambil tindakan -  sudah tentu semua anggota makmal akan jadi bertambah takut, mendiam diri tidak berani bersuara menegak  kebenaran.

3. Apa yang kita mau adalah ketelusan, kebenaran serta jaminan bahawa makanan yang dimakan oleh orang Islam negara ini benar benar halal. 

4.Bicara bentuk ugutan kepada anggota tidak sepatutnya timbul dan ini akan menjadikan institusi lebih dihormati dan dipercayai oleh rakyat yang memerhati.
 
5. Ganjil bila kata kontaminasi zarrah melalui udara berlaku. Biasa kontaminasi udara adalah melibatkan Volatile Organic Compound  / Sebatian Organik boleh Meruap dan susah jika melibatkan yang tidak meruap (Tisu)
 
...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.