Total Pageviews

Tuesday, 1 May 2018

15 restoran nasi kandar diarah tutup

15 restoran nasi kandar diarah tutup di Pulau Pinang







Satu pemeriksaan telah dijalankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang terhadap keadaan serta amalan kebersihan para peniaga restoran Nasi Kandar di Seberang Perai pada 26hb Februari 2015 semalam.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan secara rawak itu, sebanyak 15 restoran nasi kandar telah diarahkan tutup sehinggalah tuan punya restoran nasi kandar memulihkan amalan kebersihan di restoran mereka berniaga.
Kesemua restoran yang diarahkan tutup tersebut didapati beroperasi dalam keadaan yang kotor dan tidak selamat untuk kunjungan orang ramai menjamu selera di situ. Keseluruhan restoran nasi kandar yang dibuat pemeriksaan mengejut adalah sebanyak 32 restoran.

Daripada jumlah tersebut, bermakna lebih kurang 47% daripada restoran nasi kandar beroperasi dalam keadaan yang kotor dan tidak mengamalkan sikap menjaga kebersihan dalam aktiviti penyediaan makanan mereka.

*sumber berita dari sini.


Punca 15 restoran nasi kandar diarah tutup


Antara kesalahan yang telah dilihat dilakukan oleh para pemeriksa dari Jabatan Kesihatan adalah membiarkan makanan yang telah diperap secara terdedah ditempat yang tidak sesuai dan tidak bersih seperti di atas longkang dan seumpamanya.

Ada juga terdapat makanan yang terdedah diletakkan berhampiran tong sampah kotor yang tidak bertutup. Ini mendedahkan makanan kepada kuman yang merbahaya buat pengguna.

Para pemeriksaan kesihatan juga menemui banyak najis tikus bergelimpangan di dalam stor penyimpanan makanan. Itu menandakan terdapatnya jumlah tikus yang bermaharajalela berkeliaran dalam tempat simpanan makanan restoran nasi kandar.


Elakkan restoran nasi kandar dari kena tutup


Hanya ada satu saja cara untuk elakkan mana-mana restoran daripada terkena arahan tutup. Pemilik restoran mestilah mengamalkan sikap peka terhadap kebersihan dan keselamatan para pelanggan yang berkunjung ke restoran nasi kandar mereka.

Restoran nasi kandar mestilah mendapatkan perkhidmatan syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah bagi menguruskan masalah kawalan tikus di premis perniagaan mereka. Dengan adanya aktiviti kawalan secara berkala dan sistematik, serangan tikus dapat dibenteras dengan baik dan mengelakkan masalah najis yang bergelimpangan di dalam premis terutamanya di kawasan stor simpanan makanan.

Khidmat kawalan daripada syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah juga dapat membantu pemilik restoran nasi kandar menjadi pemantau kepada tahap kebersihan restoran mereka. Ini kerana satu daripada asas utama untuk kerja-kerja kawalan serangga dan makhluk perosak di mana-mana premis adalah memantau tahap kebersihan premis.

Apabila pihak pengendali kawalan serangga dan makhluk perosak menjadi pihak luar yang sentiasa pantau tahap kebersihan restoran nasi kandar, pemilik dapat bertindak lebih awal secara berkala apabila adanya amalan kebersihan yang tak kena berlaku di restoran mereka.








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.