Total Pageviews

Tuesday 1 May 2018

Insiden Kanser kanak kanak






Menurut sinopsis kejadian kanser di kalangan  kanak kanak 2007 – 2011 yang dikeluarkan oleh institut Kanser Negara Malaysia,


Insiden ini berlaku di kalangan kanak kanak berumur antara 0 hingga 14 tahun.



Insiden kanser di kalangan Kanak kanak berumur kurang 14 tahun:


Jenis barah
Peratus
Leukimia
46.4%
Otak & saraf tunjang
14.4%
Limpoma
10.1%
Tulang
5.4%
Mata
3.2%





Insiden kanser di kalangan Kanak kanak berumur 15 tahun ke atas:

Jenis barah
Peratus
Leukimia
22.7%
Limpoma
19.0%
Tulang
10.4%
Otak & saraf tunjang
8.3%
Ovary
7.5%
Nasopharynx
6.4%





Latar belakang Sinopsis Kejadian Kanser di kalangan kanak kanak di Malaysia 2007 - 2011



Penyakit kanser di kalangan kanak-kanak menyumbang kepada 4% daripada kejadian penyakit kanser di Malaysia untuk tempoh insiden tahun 2007-2011. Laporan terperinci mengenai taburan penyakit di kalangan kanak-kanak ini boleh membantu untuk meningkatkan strategi pengurusan rawatan kanser yang lebih berkesan. Penerbitan ‘Synopsis of Childhood Cancer Incidence in Malaysia, 2007-2011’ oleh Jabatan Registri Kanser Kebangsaan, Institut Kanser Negara merupakan satu lagi usaha untuk berkongsi fakta beban kanser di Malaysia di kalangan para profesional dan orang awam melalui media cetak dan elektronik yang mudah difahami dan diperolehi. Buku ini telah dimuatkan dengan analisa yang lebih mendalam untuk melihat trend penyakit kanser di kalangan kanak-kanak mengikut jenis kanser utama, kumpulan etnik dan juga taburan mengikut tahap umur ketika dikesan mengidap penyakit ini. Lakarannya yang mudah difahami dan menarik turut boleh dimanfaatkan oleh ahli keluarga pesakit kanser dan orang ramai dalam memahami beban penyakit ini dan kepentingan untuk pengesanan dan rawatan awal. Buku kecil ini mudah  dibawa ke mana sahaja dan berfungsi sebagai rujukan segera kepada para profesional termasuklah pakar-pakar klinikal dan kesihatan awam, para akademik, penggubal dasar dan pertubuhan yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aktiviti program pencegahan dan pengurusan kanser di Malaysia. Ianya diharapkan dapat menyuntik perhatian di kalangan orang ramai terutamanya penggubal dasar dalam memberikan sokongan dan keutamaan dalam peningkatan pengurusan penyakit kanser di kalangan kanak-kanak di Malaysia.



Jabatan Daftar Kanser Kebangsaan
Institut Kanser Negara Putrajaya
Mac 2018






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.