Total Pageviews

Tuesday, 1 May 2018

Kenapa Imam Dr Fadi Al Batsh Dibunuh


Kenapa Dr Fadi Al Batsh Dibunuh?





Mengapa Imam Palestin Ditembak? Imam Palestin ditembak di kepala ketika dalam perjalanan untuk Solat Subuh di Gombak

Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE setiap bulan Ramadan sejak tahun 2016. Beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh.
Imam Fadi meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu. Beliau berusia 35 tahun dan sedang melanjutkan PhD Electrical Engineering di sini.

Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami.

Doakan ruh beliau ditempatkan di kalangan ahli syurga untuk Imam Dr. Fadi M. R. Albatsh.


Pelbagai reaksi timbul atas insiden ini, dan banyak analisa yang dibangkitkan, antaranya ada kemungkinan punca pembunuhan ini datang dari ejen Zionis! Ini perkongsian Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk kita fikir-fikirkan



PEMBUNUHAN IMAM PALESTIN: ISYARAT ZIONIS KEPADA KITA?

1. Dunia seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin – dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh – dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh. Lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil. Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita?

2. Sememangnya tidak mustahil bahawa pembunuhan kejam ini didalangi ejen asing – khususnya ejen perisikan Israel Mossad – yang berjaya menyusup masuk ke negara kita seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

3. Imam Fadi perlu diketahui bukanlah sebarangan imam. Beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di negara kita dengan kelulusan Doktor Falsafah. Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.

4. Fakta ini jelas menunjuk ke arah satu kesimpulan yang tidak dapat dinafikan dengan mudah: Israel tentulah tidak selesa dengan kewujudan seorang insan yang begitu seimbang dari segi kehebatan rohani dan juga akalnya – apatah lagi berupaya menjadi ‘jambatan’ dalam menyalurkan dana dari Malaysia ke Palestin. Masa yang dipilih juga menyokong hipotesis ini; bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya dana dari Malaysia bakal mencurah-curah disalurkan ke Palestin oleh Imam Fadi jika beliau tidak dihalang.

5. Selain daripada hipotesis ‘Imam Fadi sebagai penyalur dana dari Malaysia ke Palestin’, tentulah terdapat pelbagai andaian lain yang berkemungkinan membawa kepada berlakunya tragedi ini. Adakah beliau mempunyai hubungan dengan Hamas? Adakah kepakaran Kejuruteraan beliau ada disalurkan ke Hamas lalu menjadi ancaman kepada rejim Zionis? Malah terdapat laporan bahawa sehari sebelum beliau syahid dibunuh, seorang ahli keluarga beliau Taisir al-Batsh yang dikatakan merupakan Ketua Polis Gaza telah dibunuh rejim Zionis dalam siri Great Return March. Masih terlalu banyak pembuktian yang perlu dilakukan dan tugas ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

6. Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan sepuluh das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut. Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi ‘Targeted Killing’ atau ‘Pembunuhan Bersasar’ yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama.

7. ‘Pembunuhan bersasar’ ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik rejim Zionis. Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam.

8. Menurut rekod, ‘Pembunuhan bersasar adalah suatu bentuk serangan ketenteraan Israel yang paling signifikan dan kerap’ di mana ia bukan sahaja merupakan aktiviti keganasan, tetapi juga ‘alat politik’ untuk mengukuhkan kawalan ke atas penjajahan mereka di Palestin.

9. Israel sememangnya tidak segan sama sekali untuk melakukan pembunuhan di luar negara demi melindungi survival negara haram mereka. Contoh yang paling jelas ialah pembunuhan berturut-turut dua pemimpin Hamas di Palestin iaitu Syeikh Ahmed Yasin dan juga Dr. Abdul Aziz Rantisi.

10. Sebelum 2001 Israel menafikan bahawa mereka mengamalkan polisi hukuman bunuh tanpa perbicaraan sebegini. Hanya apabila Intifada Kedua meletus mulai November 2000 barulah mereka mengakui ada menjalankan ‘pembunuhan bersasar untuk pencegahan’ (preemptive targeted killing’. Sebenarnya sejak tahun 1950-an lagi Israel telah pun dituduh menjalankan operasi haram sebegini di luar wilayah jajahan mereka.

11. Keputusan untuk menjalankan pembunuhan sebegini telah diperkenalkan kembali oleh Ariel Sharon. Mahkamah Israel tidak lagi terlibat dalam memutuskan sebarang keputusan pembunuhan bersasar ini sebaliknya terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri Israel dan badan perkhidmatan rahsia Israel, Shin Bet.

12. Setakat ini terdapat tiga fakta besar yang sama sekali tidak dapat ditolak: Imam Fadi tidak diketahui sebagai seorang yang bermusuh dengan sesiapa; pihak yang paling ‘beruntung’ dengan kematian beliau ialah rejim haram Zionis; modus operandi ‘pembunuhan bersasar’ sebegini bukanlah asing bagi Zionis.

13. Kita wajib mendoakan semoga pasukan penyiasat PDRM berjaya 
menghadapkan pembunuh Imam Fadi ini ke muka pengadilan dan pembunuh berhati binatang ini menerima pembalasan yang setimpal. Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini – terutama sekali Mossad Israel – maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan.

Oleh: Abdul Muein Abadi

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, memberitahu MalayMail bahawa ia adalah kehebatan pengetahuan kejuruteraan Dr Fadi yang mungkin membahayakan nyawanya.

“Jadi, satu-satunya perkara yang saya percaya menjadikan pembunuhan ini berlaku adalah kepakarannya, kepakaran teknikalnya, dan mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan elektrik, penting juga bagi mereka (Palestin) untuk membina semula Gaza,” dia berkata demikian.

Sentimen yang sama juga disuarakan oleh kawannya, Ahmad Shehaz, yang mendakwa pensyarah itu disasarkan untuk menghalangnya daripada memindahkan kepakarannya, yang digunakannya untuk pembangunan sektor tenaga Malaysia, pulang ke rumah.

Menurut laporan di NST Online, Dr Fadi memenangi beberapa anugerah saintifik berprestij, termasuk satu dari kerajaan Malaysia pada tahun 2016.
Beliau mempunyai PhD dalam kejuruteraan elektrik, menerbitkan 18 penyelidikan ilmiah, dan juga seorang aktivis Malaysia, Boycott, Divestment and Sseions (BDS).


Salam.my mengajak semua pembaca menghulurkan bantuan:

TABUNG BANTUAN KELUARGA AS-SYAHID IMAM DR FADI


Kita dikejutkan dengan kejadian pembunuhan As-Syahid Imam Dr Fadi Al-Batsh yang dalam perjalanan untuk mengimami solat subuh di sebuah surau di Setapak.

Dr Fadi merupakan seorang rakyat Gaza, Palestin yang telah menjadi imam dan penceramah semenjak 2014 dalam program kesedaran isu Palestin anjuran MyCARE.

Pihak MyCARE telah menziarahi balu dan anak-anak As-Syahid Dr Fadi dan dengan ini melancarkan tabung khas untuk membantu keluarga As-Syahid.
AYUH kita membantu melalui  CARA berikut:

 INFAQ
secara ONLINE: www.billplz.com/tabungimamfadi
atau melalui akaun atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
 MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
 CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
 BANK ISLAM: 1209-20100-34904

Letakkan ref ‘Imam Fadi’ atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6019-655 1948 (En Aiman)


 SEBAR & TULARKAN

Sebar dan Tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu keluarga As-Syahid Dr Fadi

Segala bantuan dan pertolongan para dermawan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sumbangan akan disalurkan untuk keperluan balu dan anak-anak As-Syahid Dr Fadi dan urusan pengurusan jenazah. [Ph]










Oleh: Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman

1. Tatkala penduduk Gaza setiap hari berdepan berita syahid dan kecederaan ahli keluarga dalam siri The Great Return March, sangat menyedihkan apabila mereka terpaksa pula menanggung berita pembunuhan as-syahid Dr Fadi Al-Batsh di pelosok akhir dunia, khususnya di negara kita Malaysia yang dianggap tempat selamat untuk para pelarian, penuntut ilmu asing lebih-lebih lagi ilmuwan Islam hebat yang menjadikannya sebagai negara kedua mereka.

2. Mutakhir ini terlalu banyak kedengaran isu kedaulatan negara dinodai yang menyebabkan kemampuan malah kemahuan kita bertindak tegas terhadap penjenayah yang memandang mudah kehormatan negara yang kita cintai dipertikaikan.

3. Pada tahun lepas, tanggal 13 Februari 2017 rakyat Malaysian dikejutkan apabila abang tiri Kim Jong-un, Kim Jong-nam dibunuh ala-ala filem Hollywood di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menggunakan racun. Pagi semalam pula sekali lagi musuh dengan penuh berani membunuh pula Dr Fadi Al-Batsh, cendekiawan muda Islam berasal Palestin di tengah-tengah ibunegara.

4. Peristiwa semalam mencemarkan nama Malaysia dengan lebih buruk apabila stesyen TV utama di Gaza, stesyen Al-Aqsa menyiarkan temubual bersama saksi mata yang bersama as-syahid menyatakan bahawa pihak ambulans dan polis hanya tiba setelah 50 minit berlalu. Walaupun saya secara peribadi meyakini ia disebabkan kelemahan pihak terbabit dan tidak sepatutnya berlaku, suara-suara sumbang di Gaza tertanya-tanya kalau ada tangan-tangan tersembunyi yang memainkan peranan memastikan operasi tersebut berjaya dengan melambatkan pihak berwajib daripada bergegas ke tempat kejadian.

5. Sangkaan mereka barangkali jauh daripada kebenaran, tetapi di sebuah negara maju dan moden, kelewatan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

6. As-Syahid Dr Fadi dijulang oleh HAMAS sebagai salah seorang pendokongnya yang komited. Tetapi misteri di sebalik pembunuhannya tidaklah terlalu kelabu. Beliau adalah pakar di bidang ‘power electrics’, mempunyai kemahiran merekacipta ‘transmitter’ yang digunakan di atas dron tanpa pesawat, dan disebut mempunyai kemahiran di dalam pembuatan roket. Sejauh mana ilmunya telah dimanfaatkan oleh pejuang di Gaza tidak akan terjawab sampai bila-bila.

7. Yang penting, ini bukanlah kali pertama Mossad melakukan operasi di luar negara haram Israel dan menceroboh kehormatan dan kedaulatan negara lain demi menyingkirkan anasir-anasir yang mengancam mereka.

8. Pada 15 Disember 2016, Mossad menembak mati jurutera dan pakar dron, Muhammad Az-Zawari di hadapan rumahnya di Tunisia. Pada 28 Februari tahun ini, jurutera Fizik Nuklear Hisyam Murad berasal Lubnan, dibunuh di Perancis. Kemudian bakal lulusan PhD Hasan Ali Khairuddin dibunuh kerana tesisnya bertajuk penguasaan Yahudi ke atas ekonomi dunia. Seterusnya mayat jurutera Iman Husam, pakar kimia ditemui pada 25 Mac 2018 dan terakhir Dr Fadi yang dibunuh di Malaysia.

9. Di kala pilihanraya umum semakin dekat dan rakyat berpecah disebabkan ideologi dan pemikiran masing-masing, isu Palestin sejak zaman-berzaman telah menyatukan kita. Justeru tanpa melihat warna dan parti, saya menyeru rakyat mendesak pihak berwajib mempercepatkan siasatan dan menghadapkan penjenayah ke muka pengadilan. Langkah tegas juga perlu diambil ke atas Zionis dan sekutunya agar insiden seperti ini tidak berulang.

10. Nama Malaysia sangat harum di persada dunia Islam sebagai pembela keadilan dan suara yang jelas menyokong umat di kala sendirian berdepan kemelut dan kezaliman pihak musuh. Justeru sangat malang sekiranya insiden ini menampakkan kontradiksi terhadap pendirian tegas negara menentang penjajahan Zionis yang bukan sahaja meliputi tanah air Palestin milik ummah, malah juga menjajah dan membunuh keilmuan dan hak mereka untuk hidup.

11. Zionis sudah melampau, apabila bukan sahaja membunuh saudara kita di Gaza tetapi juga membunuh mereka di tanahair kita sendiri. Keangkuhan mereka terserlah apabila hari ini, Naftali Bennet dan lain-lain pemimpin kerajaan haram mereka berkata tidak akan membenarkan Malaysia mengembalikan jenzah as-syahid ke Gaza sebelum HAMAS membebaskan tawanan tentera mereka yang berada di Gaza.

12. Hadapkan yang bersalah ke muka pengadilan, ketatkan keamanan dan keselamatan negara, jangan takut dimurkai musuh sehinggakan kedaulatan negara menjadi bahan mainan mereka!

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman adalah rakyat Malaysia di Gaza.








KUALA LUMPUR:  Beberapa pihak menganggap Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah di sebuah universiti tempatan dari Palestin yang ditembak mati dekat kediamannya di Setapak di sini awal pagi semalam, sebagai syahid. Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) Abdul Aziz Abu Bakar berkata, “Kami menganggap Fadi meninggal dunia sebagai seorang syahid… di negara asalnya sambutan dilakukan oleh keluarga dan mereka yang mengenalinya,” kata Abdul Aziz yang hadir di Hospital Selayang hari ini untuk menziarahi jenazahnya. “Ini kerana sudah menjadi budaya masyarakat di Palestin untuk meraikan kesyahidan ahli keluarga atau kenalan mereka,” kata Abdul Aziz kepada pemberita. Beliau mengenali Dr Fadi kerana pernah bekerjasama dalam program anjuran MAPIM. “Dalam kejadian semalam, Allahyarham dalam perjalanan ke surau (berdekatan kediamannya) untuk mengimami solat subuh. “Itu pun sudah cukup untuk kita menganggap dia mati dalam keadaan syahid, dan syahid itu tidak semestinya di Gaza,” kata Abdul Aziz. Perkarangan Unit Perubatan Forensik hospital itu hari ini terus dikunjungi rakan dan kenalan Allahyarham Dr Fadi dan sebilangan anggota komuniti Arab yang tinggal di Malaysia. Jenazah Allahyarham dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat. Seorang dari kenalan rapatnya, Mohammad Hassan, 31, dari Mesir, berkata beliau datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada rakannya yang dikenali sejak lima tahun lalu. Menurutnya, Allahyarham banyak membantu beliau ketika ingin memulakan perniagaan restorannya di sini. “Kali terakhir kami bertemu pada Jumaat lepas, di padang, bermain bola sepak bersama-sama, dan dia seperti biasa gembira, ceria dan penuh dengan senyuman. “Walaupun sedih kerana kehilangannya, saya gembira kerana rakan saya mati syahid,” katanya.




  
Rujukan:



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.