Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Sultan
Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Kota Konstantinopel pada
hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453].
546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu
sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya –Konstantinopel.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin
seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih,
telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak
pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan
Muhammad Al-Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a.
Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b.
Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan.
c.
Kehendak yang kuat.
d.
Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat.
e.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan
bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil
berkenaan.
f.
Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta.
Sebelum
isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota
Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan.
Kota
ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus
dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat
kukuh;
a.
Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan
lebarnya 60 meter.
b.
Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi
25 kaki dan setebal 10 meter
c.
Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d.
Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e.
Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan
kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di
bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di
Selat Bosphorus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole
telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali
sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan
antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia
sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini
akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin
tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk
menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga
telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi
masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia
itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad
yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah
memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453
dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.
Dr. Danial Zainal – Halaqah
– AL-FATEH Part 1
Dr. Danial Zainal – Halaqah
– AL-FATEH Part 2
Ia
bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru
yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang
nakal.
Sejak
berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin
yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula
berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau
untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan
turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu
kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang
kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan
guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan
sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat
mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang
tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan
Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam.
Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai
budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan
keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan
bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis
teresak-esak.
Gurunyalah
yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa
seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan
ibadah yang lebih besar.
Pendidikan
Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam
persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat
berbahasa lebih daripada lima bahasa.
Sudah
tentu baginda fasih dalambahasa Arab.
Baginda
juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan
juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama
sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah
berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan
ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa
rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk
mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari
perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a.
Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang
boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi
yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera
baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan
seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam
penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan
panjang!.
Berat
setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor
kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh
13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas
enam kaki. Nah!
Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b.
Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang
bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan
Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah
antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan
keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan.
Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti
disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh
5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang
telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada
masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul
di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang
telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan
serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c.
Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah
kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu
benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama
setahun.
Sultan
Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota
Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala
teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng
Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota
Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina
bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah
dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia
memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari
mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya
bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga
telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang
diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik
dan kreatif.
Sultan
Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan
penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum
melancarkan misinya.
Tetapi
yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda
baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w
sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan
Konstantinopel.
Sasaran,
visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata
berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda
bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari
sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14
tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin
menumpukan kepada ibadah.
Namun,
dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan
Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang
untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui
pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang
berkualiti.
Ditambah,
sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan
kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu
berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat
150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup
untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada
hari pembukaan Kota Kontantinopel yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud
syukur.
Sepanjang
kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan
melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi
bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah
tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada
kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang
baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat
Jumaat yang pertama itu.
Baginda
memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti
pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah
meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.
Tiada
seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan
seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah
meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya
duduk.
Kemudian
Baginda bertitah, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini
pernah meninggalkan solat
tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.
Kali
ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda
tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud
sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar
nama kepada Istanbul.
Sekarang,
marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk
Sultan Muhammad.
Pertama,
Ahmad ‘ibn Ismail Al-Kori:
Guru
istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara’,
tidak menyembah Sultansama seperti orang lain memberikan tunduk hormat,
memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa
sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan
mereka.
Sepanjang
Ramadhan, Sultan Muhammad menghadiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur’an yang
diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih
ganti.
Ahmad
ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur’an, hukum-hukum agama dan kepatuhan
padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan
berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua
ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai
Ba’q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap
keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau
telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman
di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah
yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih
seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain
mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar
sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah
yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang
mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja.
Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara
selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab,
ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin
meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi
pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk
Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan
terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.
Oleh: Dato’ Husam Musa
Sumber: Harakahdaily – 28 Mei 2009 –
{Risalah Masjid Ar-Rahman, Pondok Sungai Durian. 4 J/Akhir
1430H – 29 Mei 2009}
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.