Total Pageviews

Tuesday 1 May 2018

Gadis sukarelawan MyCARE mati ditembak penembak tepat




Gadis sukarelawan MyCARE mati ditembak penembak tepat Israel









KUALA LUMPUR – Seorang sukarelawan Humanita­rian Care Malaysia (MyCARE) warganegara Palestin, Razan Ashraf Najjar mati dibunuh oleh askar rejim Israel di Gaza, Palestin semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, gadis itu mati ditembak di dada oleh penembak tepat Israel ketika dia sedang memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.
“Pilu hati kami mendapat berita daripada pegawai di Gaza mengenai nasib Razan.
“Arwah yang berusia 21 tahun itu te­lah menyertai sukarelawan MyCARE sejak Ramadan tahun lalu. Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah S.W.T lebih menya­yangi Razan,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp semalam.





gadis paramedik mangsa terbaru rejim Zionis






SUDAH banyak kali tentera rejim Zionis membedil masyarakat Palestin, termasuk pada 1 Jun lalu apabila seorang anggota paramedik tempatan, Razan al-Najjar, menjadi mangsa terbaru dibunuh penembak hendap Israel.
 
Gadis berusia 21 tahun ini juga merupakan sukarelawan badan kemanusiaan My Care, yang berkhidmat di Gaza.
 
Merujuk berita yang dikongsi menerusi akaun Instagram @mycare.hq, Razan meninggal dunia selepas ditembak di dada oleh penembak hendap Zionis ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza'a.
 
Apa yang menyentuh perasaan netizen adalah semangat yang ditunjukkan gadis itu untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tempatan.
 
"Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
 
"Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka," katanya.

 
Penyanyi Faizal Tahir juga beberapa hari lalu berkongsi berita Gaza diserang jet pejuang tentera Israel.






 .



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.