KISAH SEBENAR DISEBALIK
LAGENDA DRACULA
[
Dikemaskini pada 19 Oktober 2014 ]
Kisah hidup
Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata
yang dilakukan Barat.
Kalau filem
Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi
tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh
yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.
Bermula dari
novel karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula
difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of
Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem
dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.
Dan yang
terbaru tahun 2014, adalah filem Dracula Untold, yang
nyata secara terang menterbalikkan sejarah yang sebenar.
DALAM BUKU BERJUDUL “DRACULA, PEMBANTAI UMAT
ISLAM DALAM PERANG SALIB” KARYA HYPHATIA CNEAJNA
Dalam huraian
Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir
Perang Salib.
Dracula
dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil
Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini
semakin sengit.
Kedua-dua
kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik
Eropah mahupun Asia .
Puncak
peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke
dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam
peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib.
Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam
terhadap umat Islam.
Hyphatia
menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.
Korban-korban
tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu
dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.
Penyulaan
merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk
dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan.
Mangsa yang
telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga
perut, kerongkong, atau kepala.
Hyphatia
mengatakan dalam bukunya :
“Ketika
matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para
prajurit melakukan perintah tersebut seolah robot yang telah dipogram.
Penyulaan
disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi
segala penjuru tempat itu.
Mereka, umat
Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan.
Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka
alami.”
Tidak hanya
orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia
memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
Bayi-bayi
yang disula tak sempat menangis kerana mereka kesakitan yang amat
apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di
kayu sula untuk menjemput ajal.”
Kekejaman
seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh
Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab.
Pertama, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Dracula
terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
Negara –
negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib,
tidak mahu tercoreng wajahnya.
Mereka yang
mengutuk dan menentang pembunuhan beramai-ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan
membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi tabiat Barat yang
selalu ingin nampak seperti Hero.
Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib.
Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama
baiknya.
Dan, sehingga
saat ini di Romania, Dracula masih dianggap pahlawan.
Sebagaimana
sebahagian besar sejarah pahlawan-pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero
dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup
kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.
Mereka berusaha agar sejarah jati diri Dracula yang sebenarnya
tidak terkuak.
Dan, harus
diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi
fiksyen ini cukup berhasil.
Ukuran
keberhasilan ini dapat dilihat dengan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya
umat Islam sendiri yang tidak
mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula.
Masyarakat
umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire
(pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya.
Selain
membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga
mengupas makna salib dalam kisah Dracula.
Seperti yang
telah diketahui umum bahawa penggambaran Dracula yang telah
menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan
salib.
Konon hanya
dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan.
Menurut
Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak
sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan
kehebatan mereka.
Sultan Mahmud
II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al-
Fateh dalam sejarah Islam, yang mengalahkan Dracula.
Sultan ini
merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan
yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun
barat berusaha memutar belit fakta ini.
Mereka
berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan
sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib.
Tujuan
hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk
menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula
si Haus Darah.
PENUTUP
Barat
sentiasa berterus-terusan mencuba memutar belit fakta dengan pelbagai perkara,
dengan tujuan supaya umat Islam sendiri terkeliru. Kerana mereka tahu bahawa
umat Islam semakin lemah dan malas untuk membongkar sejarah yang sebenarnya.
Semoga kita
tidak terjatuh kedalam perangkap permainan Barat yang ingin melemahkan jati
diri umat Islam.
Sebarkan
pengetahuan ini kepada saudara kita yang lain supaya semua orang mengetahui
siapa itu Vlad Dracul (Dracula) yang sebenarnya!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.