Total Pageviews

Tuesday 1 May 2018

Kematian anak dapat pembelaan


Kematian anak dapat pembelaan







Pengarah hospital, lapan doktor diarah bayar ganti rugi kepada pasangan guru

Mohd. Azli Adlan DanKamariah Khalidi
15 Mei 2018 3:00 AM




Gambar:

Muhamad Sardi Saad, 41 (tengah) bersama isteri, Fadilah Abd. Wahab, 47 (kanan) menunjukkan gambar anak bongsunya Ulya Insyirah, 4 yang meninggal dunia atas kecuaian doktor kerajaan pada lima tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Turut serta peguam mereka, Syukran Noordin (kiri).




KUALA TERENGGANU – Penderitaan pasangan guru yang kehilangan anak bongsu mereka lima tahun lalu akibat kecuaian berakhir selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan 11 defendan termasuk dua pengarah hospital dan lapan doktor membayar ganti rugi RM896,792.13 kepada plaintif.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz sewaktu membacakan penghakiman dalam kamar mahkamah berkata, pampasan dibenarkan itu merangkumi ganti rugi am berjumlah RM600,000, ganti rugi khas (RM96,792.13) dan ganti rugi teladan (RM200,000) berserta lima peratus faedah dan kos setahun.

Beliau menerima pengakuan kesemua defendan termasuk pengarah Hospital Besut dan pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang mengaku melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Ulya Insyirah Muhamad Sardi pada 5 Disember 2013.

Defendan-defendan terbabit membuat pengakuan itu ketika prosiding kes tuntutan saman yang dikemukakan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak perem­puan tersebut, Muhamad Sardi Saad, 42, dan Fadilah Abd. Wahab, 48, pada 3 April tahun lalu.

Lapan doktor berkenaan ialah Dr. Shairazi Azizi Mohd. Salleh, Dr. Mohd. Ruhaifi Yusuf, Dr. Norzaherawati Aryani Md. Tahir, Dr. Hasmani Hamat, Dr. Muhammad Solehuddin Ishak, Dr. Noor Ain Noor Afendi, Dr. Sharifah Huda Engku Alwi dan Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo.

Mereka merupakan doktor perubatan di Hospital Besut dan HSNZ. Tiga lagi defendan ialah pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus dan Pengarah Hospital Besut, Dr. Asmaliza Abdul Rahman serta kerajaan Malaysia.









No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.