Kawal Nyamuk Di Laman Dengan Kaedah Biologi Menggunakan Pepatung
By Nor Salehan Jamaludin
29 Ogos 2017
Pepatung atau lebih mudah di kenali
dengan panggilan Dragonfly ialah sejenis serangga pemangsa
yang terlatak di tangga paling atas di dalam rantai makanan serangga. Ia
mempunyai sepasang mata yang besar dan mempunyai kadar penglihatan 360 darjah.
Di samping itu juga, serangga purba ini dianugerahkan dengan sepasang kepak
jernih dan besar yang membolehkan ia mudah terbang dalam apa jua situasi.
Pepatung antara serangga yang digunakan
untuk pengawalan biolgi didalam pertanian. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Pepatung betina akan bertelur di dasar permukaan air yang bersih. Apabila
telurnya menetas ia akan mengalami beberapa peringkat kitaran hidup untuk
menjadikan ia sebagai seekor pepatung dewasa. Tempoh yang diambil untuk menjadi
pepatung dewasa adalah antara 3 hingga 4 bulan dan ada juga yang mencecah 5
bulan.
Sepanjang kitaran
hidup sebelum menjadi dewasa, anak atau Nymph akan memakan
sebarang lava dan nymph serangga yang bertelur di dalam air terutamanya
jentik-jentik. Ini secara tidak langsung mengurangakn kadar nyamuk di laman
anda.
Apabila nymph dah
dewasa dan sedia untuk ke darat, ia akan terus hinggap pada daun yang terdapat
di sekitar habitatnya. Pepatung dewasa mampu hidup untuk tempoh 5-6 bulan dalam
iklim Malaysia. Namun ia bergantung kepada spesis.
Makanan utama untuk
pepatung dewasa adalah serangga perosak yang bayak memusnahkan tanaman seperti
lalat buah, nyamuk, belalang kecil, kumbang, semut, hamama dan pelbagai lagi.
Namun di Malaysia pengawalan biologi melalui pepatung masih kurang
dipraktikkan.
Tak susah pun nak atrik perhatian
pepatung ke laman anda. anda hannya perlu sediakan kawasan berair bersih dengan
memperkenalkan beberapa spesis tanaman yang merimbun dan renek untuk menjadi
tempat lindungan pepatung muda. Pepatung kalau menetas didalam perkarangan
rumah kita, dia akan menghabiskan sepanjang hayatnya di dalam lingkungan
kediaman asalnya selagi keperluannya masih cukup.
Tambahan, kehadiran
pepatung juga menjadi petanda bahawa ekosistem persekitaran laman anda bersih
kerana pepatung adalah sejenis serangga yang cerewet terhadap persekitarannya.
Oleh itu, bagi mengurangakan penggunaan
racun serangga untuk tanaman, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah kawalan
secara bilogi melalui penggunaan serangga pemangsa ini untuk kehidupan yang
lebih lestari dan mampan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.