Total Pageviews

Friday, 7 September 2018

KENERAK PENAWAR KANSER



KENERAK PENAWAR KANSER

Salam to all malaysian people....
Semoga berada di dalam jagaanNya...sebelum meneruskan penulisan ini, izinkan saya menukilkan bahawa pada tarikh ini, dengan IzinNya saya telah diijab kabulkan dengan pasangan saya. Hari ini merupakan ulang tahun yang ke 11 kami...Ucapan Syukur Ahamdullilah kerana masih diberi peluang OlehNya meneruskan pelayaran bantera bahagia kami....InsyAllah...

Kali ini, saya akan menceritakan sejenis tumbuhan herba yang boleh digunakan sebagai penawar kanser, terutamanya kanser rahim dan kanser payudara. Tumbuhan tersebut adalah pokok Kenerak, dikenali juga sebagai pokok Selukaiatau Selukai Putih.



Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi,berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning.Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar.Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri Anti kanser (kulit batangnya).Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak.
Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah.SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005.Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan danteknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.