Total Pageviews

Monday, 3 September 2018

Sumber air Minum di dalam hutan


Sumber air Minum di dalam hutan


Kebanyakan akar kayu (lianas) mempunyai kandungan air yang banyak. Air dari akar kayu yang boleh di minum biasanya tiada warna, cair dan tidak berbau. Potong akar tersebut menyerong dan pisahkannya terus dari bahagian akar yang lain, air yang menitis dari akar yang dipotong itu bolehlah di minum. Antara jenis akar yang boleh di minum ialah mempelas dan lundang. Selain dari akar, rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak. 

Buluh juga menyimpan air dalam ruasnya, potonglah bahagian pangkal pokok di mana bahagian ini banyak mengandungi air. Tetapi awas miang buluh dari memasuki air. 

Periuk kera juga ada menyimpan air di dalam periuknya, pilih periuk yang belum terbuka kerana airnya lebih bersih. Lumut juga boleh diperah dan dikumpul airnya untuk diminum. Dalam keadaan darurat mana-mana air yang tidak beracun bolehlah di minum termasuklah peluh. 

Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan peruik kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan soal geli, nyawa lebih penting)

Tanaman rambat dan rotan banyak dijumpai di pegunungan dan hutan rimba. Pilihlah tanaman rambat ( akar gantung ) yang masih segar. Lalu potonglah bagian bawah dari tanaman itu agar air yang terkandung di bagian atas tanaman dapat menetes ke bagian bawah, lalu air yang menetes ditampung di penampungan.

Setelah itu baru potong bagian atasnya dengan jarak satu sampai satu setengah meter dari bagian bawahnya. Tanaman rambat ini dapat ditemukan di pohon - pohon besar. Dan satu pohon dapat diambil beberapa tanaman rambat. Sebenarnya air yang didapat dari tanaman rambat ini sedikit, tetapi cukup untuk membasahi tenggorokan.



Makan


Jangan risau, hutan mumpunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan tetapi pilihlah yang selamat dimakan, dari akar hinggalah ke pucuk tumbuh-tumbuh-tumbuhan sesetengahnya boleh dimakan. Begitu juga dengan haiwan, dalam keadaan darurat semuanya boleh dimakan kecualilah yang beracun. 

Jika anda musim buah-buahan hutan, banyak jenis buah yang boleh dimakan. Untuk memastikan buah-buah tersebut selamat dimakan, cuba cari kesan-kesan samada buah tersebut telah dimakan oleh haiwan lain, jika ada mungkin buah itu selamat dimakan. Cara yang paling mudah untuk memastikan  sama ada buah atau tumbuh-tumbuh-tumbuhan itu selamat dimakan adalah dengan tiga langkah berikut iaitu hidu, sapu dan kunyah. Hidu sebahagian dari tumbuh-tumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakkan dari memakannya kerana ianya mungkin beracun. Sekiranya ianya tidak berbau keras atau busuk, ambil sedikit air atau getah dari bahagian tumbuh-tumbuhan tersebut yang dihancurkan dan gosok pada bahagian lengan, tunggu selama 10 - 15 minit. Jika terasa panas atau gatal-gatal jauhi tumbuh-tumbuhan ini kerana dikhuatiri mengandungi racun dan berbahaya jika dimakan.  Kunyah tumbuh-tumbuhan tersebut selama 5 - 10 minit, jika terasa gatal atau panas dalam mulut ataupun berasa loya, tumbuh-tumbuhan tersebut hendaklah diluahkan kerana kemungkinan beracun.  

Anda juga boleh memakan cendawan hutan. Kebanyakan cendawan pada pokok boleh dimakan dan tidak berbahaya. Cendawan yang tumbuh di tanah juga boleh dimakan tetapi ada antaranya sangat berbahaya dan beracun. Elakkan cendawan yang berwarna garang, berkilat, rapuh dan keras kerana kebiasaannya beracun. 

Selain dari tumbuh-tumbuhan haiwan dan serangga juga boleh dimakan. Serangga seperti anai-anai, semut, belalang, cengkerik dan ulat kayu boleh dimakan tetapi elakkan memakan serangga berbisa seperti lebah, tebuan dan lipan.  

Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan (ikuti siri ketiga tentang cara-cara membina jerat). Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung telur reptelia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.