Ladang ternakan harus dijaga dengan teliti
untuk mengelakkan dari sebarang masalah contohnya penyakit, pencemaran alam
sekitar dan banyak lagi.
Sebuah ladang ternakan ayam dan kilang
proses baja najis ayam diarahkan tutup kerana pencemaran sungai.
Keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri
Johor kerana kedua-dua premis itu disyaki menjadi punca pencemaran ammonia di
Sungai Johor.
Malah, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin memberitahu bahawa keputusan itu dicapai selepas satu mesyuarat
khas bersama lapan agensi pada hari Ahad lepas.
Siasatan mendapati ladang ternakan ayam
dan kilang memproses baja najis ayam di Kota Tinggi, Johor itu menyumbang
kepada kadar kandungan ammonia yang tinggi di dalam Sungai Johor.
Berikutan itu, bekalan air bersih kepada
1.8 juta penduduk sekitar Selatan Johor terganggu apabila loji rawatan air
Sungai Johor, Semanggar dan Tai Hong terpaksa ditutup.
Pencemaran ammonia terdiri daripada air
najis dan sisa buangan kilang berbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut
jika kadar kandungannya tinggi dalam bekalan air yang disalurkan.
Semoga pihak kerajaan dapat menghalang
perkara tak diingini berlaku dan dapat membekalkan air bersih kepada penduduk
dengan segera kerana air merupakan sumber penting dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.