Total Pageviews

Friday, 7 September 2018

Pokok Ceriakan Anda



Pokok memberi rahmat kepada manusia


By Nor Salehan Jamaludin
29 Ogos 2017




Terbatas mana pun ruang kediaman anda, usahakan untuk memiliki walau sebatang pohon renek di dalam mahupun di luar kediaman. Kenapa? Hadirnya tanaman ini bukan sekadar sebagai pelengkap gaya tetapi ada beberapa perkara yang tidak disangka hadir tanpa kita sendiri sedar. Antaranya adalah:

1. Tanaman mampu menyerap aura negatif
Aura negatif di dalam kediaman hadir dari diri kita sendiri di mana emosi yang tidak stabil di bawa dari luar bersama ketika pulang. Ada jugak aura negatif yang datang disebakan kedudukan atau orintasi kediaman yang tidak berada dalam keadaan yang baik. Bunyi macam tahyul kan. Tapi itu lah hakikatnya.
Apabila aura negatif ini tidak terbebas dari kediaman, jadilah kita asyik nak bergaduh, rasa tidak selesa di dalam rumah dan sebagainya. Sebab itu wujudnya pelbagai kaedah terapi untuk kediaman. Bukan diri jer perlu diterapi rumah pun tau. Terdapat beberapa langkah untuk membebaskan aura nagatif ini. Salah satunya yang paling mudah adalah dengan menggunakan tanaman.

2. Membekal oksigen
Memanglah sebatang pokok kecil tidak berupaya memberi oksigen mengikut keperluan harian anda. Namun paling tidak anda membantu dalam melestarikan persekitaran kediaman dan menjadikan ruang lingkup anda lebih sihat. Secara tidak langsung, kadar Karbon dioksida yang terkandung di persekitaran anda dapat dikurangkan daripada tak ada langsung pokok kan.

3. Mengurangi alergi dan asma
Sebuah kajian dari University of Agriculture di Norwegia telah berjaya membuktikan bahawa tanaman dapat membantu mengurangkan kadar dan gejala alergi. Tanaman meningkatkan kadar kelembapan dan secara tidak langsung berupaya mengurangkan debu di dalam kediaman.

4. Memepercepatkan pemulihan
Jika merancang melawat pesakit, anda digalakkan untuk membawa jambangan bunga atau lebih elok tanaman hiasan yang bersaiz kecil. Kenapa? Seperti yang diperbincang, tanaman tadi berupaya menyerap aura negatif. Orang yang sedang sakit, mereka di kelilinggi dengan aura negatif. Jika aura negatif tadi tidak dibebaskan, memang lambat si pesakit untuk pulih. Adanya tanaman tadi, aura negatif dapat diserap dan proses pemulihan berlaku lebih segera.

5. Meningkatkan fungsi kognitif
Dengan melihat tanaman yang segar dan daun-daun yang menghijau, ia mampu mempertingkatkan daya kognitif seseorang. Sebab itu, apabila mata dan otak kita letih, cuba lihat tanaman yang hijau dalam 1-2 minit. Otak akan mula berasa rehat dan tenang untuk menerima tekana yang berikutnya.
Kajian juga menunjukkan pelajar yang mengulang kaji dalam persekitaran yang mempunyai tumbuhan segar mempunyai keupayaan konsentrasi 70% lebih baik berbanding sebaliknya.

6. Tanaman juga bertasbih
“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih memujinya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun.” (QS Al Isra 44)

 Semua makhluk di muka bumi sama ada nyata dan tidak, ia bertasbih memuji kebesaran allah termasuklah tanaman yang kita biakkan. Cuma, kita tidak faham baha yang di hasilkan oleh setiap hamba allah ni. Lebih banyak tanaman yang kita biakkan, lebih banyak tasbih yang dialunkan. Sebab itu, di dalam quran kita digalakkan untuk berucuk tanam.

Memahami Al-Quran dan mengenali zat nya adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah. Bagi menyemarakkan budaya membaca Al Quran jom kita sama-sama menyemarakkan kempen World #QuranHour, yang akan berlansung pada 31 Ogos 2017 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada 11.30am - 1 petang dan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bermula 5petang - 10.45 malam.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.