Total Pageviews

Friday 7 September 2018

Punca Pencemaran Air Sungai


Punca Pencemaran Air Sungai

bumi-hijauhidup-sihat

 

Pencemaran air boleh dikategori/berpunca daripada punca-punca tetap dan punca-punca tidak tetap (non point). Punca-punca tetap termasuklah loji rawatan kumbahan, industri pembuatan, industri berasaskan pertanian dan ladang khinzir. Punca tidak tetap (non point) pula didefinasikan sebagai sumber–sumber yang tidak berpunca dari satu titik pelepasan tertentu seperti daripada aktiviti pertanian dan air larian permukaan.

Pada tahun 2007, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkan sebanyak 19,320 punca-punca pencemaran air. Ianya merangkumi loji rawatan kumbahan iaitu sebanyak 9,337@48.3% termasuk 640 stesen rangkaian pam, industri pembuatan 8,708@ 45.1%, ladang khinzir 779@ 4.0% dan industri berasaskan pertanian 485@2.5%.

JAS telah mengumpulkan statistik berhubung punca-punca pencemaran air dari industri pembuatan dan industri berasaskan pertanian melalui lawatan lapangan dan soal selidik. Jumlah keseluruhan punca pencemaran air dari kedua-dua industri ini hádala sebanyak 9,204 punca di mana Selangor telah mencatatkan bilangan punca yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,956 @ 21.25%.

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, bilangan populasi khinzir bagi tahun 2007 adalah sebanyak 1.74 juta. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4.2% berbanding 1.67 juta pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, bilangan ladang khinzir telah menurun daripada 869 pada tahun lepas kepada 779 buah ladang pada tahun 2007.

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. telah menguruskan loji rawatan kumbahan di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Bilangan loji rawatan kumbahan di bawah pengurusan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. telah bertambah daripada 9,060 pada tahun 2006 berbanding 9,337 buah loji pada tahun 2007. Selangor mencatatkan bilangan loji rawatan kumbahan yang paling tinggi iaitu sebanyak 2,649@ 28.4%, diikuti Perak 1,398 @15.0%, Johor 1,038@ 11.1% dan Negeri Sembilan 937@ 10.0%.


Beban BOD

Pelepasan effluen daripada loji rawatan kumbahan termasuk yang telah dirawat sepenuhnya atau dirawat separuh merupakan penyumbang kepada beban pencemar organik utama. Dianggarkan sebanyak 941,934.27 kg/hari beban BOD dilepaskan dari loji rawatan kumbahan. Ini diikuti oleh effluen dari ladang khinzir sebanyak 223,062 kg/hari dan industri pembuatan dan industri berasakan pertanian sebanyak 81,596.83 kg/hari.

Jadual 6.1 menunjukkan jumlah beban BOD yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan pada tahun 2007.

Jadual 6.1: Malaysia: Jumlah Beban BOD (kg/hari) daripada loji rawatan kumbahan

Negeri
Bil Loji Rawatan Kumbahan
Jumlah Penduduk
Kadar Alir
(m3/hari)
Beban BOD (kg/hari)
Selangor
2,649
6,366,224
1,432,400
358,100.10
Perak
1,398
1,373,084
308,944
77,235.98
Johor
1,038
1,265,618
284,764
71,191.01
Negeri Sembilan
937
1,001,532
225,345
56,336.18
Kedah
782
601,618
135,364
33,841.01
Melaka
751
622,932
140,160
35,039.93
Pulau Pinang
657
2,198,113
494,575
123,643.86
Pahang
510
337,231
75,877
18,969.24
WP Kuala Lumpur
306
2,760,202
621,045
155,261.36
Terengganu
227
80,957
18,215
4,553.83
Perlis
41
21,066
4,740
1,184.96
WP Labuan
32
43,099
9,697
2,424.32
WP Putrajaya
9
73,822
16,610
4,152.49
Total
9,337
16,745,498
3,767,736
941,934.27







Pencemaran Sungai Di Malaysia


Nukilan Hijau Lestari on Khamis, 15 Mei 2008

Sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia.Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali.Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya.Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.Jadi hargailah air,mulakan tabiat yang baik dan betul JANGAN BUANG SAMPAH KE DALAM SUNGAI! sesuka hati sahaja.Walaupun hanyalah cebisan kertas,pembalut gula-gula atau pun puntung rokok kesannya untuk jangka panjang akan memusnahkan ciri-ciri keindahan sungai dan akhirnya membawa kepada pencemaran yang dahsyat.

Pencemaran sungai ialah:

Perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfeadah serta mengancam kesihatan,keselamatan dan kebajikan penduduk,hidupan lain serta tumbuhan.

Antara kegunaan sungai termasuklah

1. Menjana kuasa tenaga hidroelektrik

2. Sumber bekalan air yang bersih untuk kegunaan domestik(orang ramai)
3. Perindustrian

4. Pertanian(sumber pengairan termasuklah sawah padi seperti Sungai Muda untuk pengairan Jelapang Padi Malaysia di Kedah serta sumber air untuk penternakan termasuklah akuakultur ikan air tawar.

5. Perikanan(contohnya di muara sungai serta di kawasan paya bakau,tempat pembiakan ikan serta hidupan sungai dan akuatik yang lain

6. Rekreasi( melibatkan nilai estetika sungai termasuklah air terjun dan perparitan) Turut berkait rapat dengan nilai-nilai pelancongan,cuba bayangkan jika sungai Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti adanya bot penyewa untukmelihat keindahan sepanjang sungai.Alangkah indahnya…

7. Pengangkutan,contohnya sungai di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Padas dan sebaginya sama ada untuk pengangkutan kayu balak atau penumpang domestik


Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:
1.   Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
2.   Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot.
3.   Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
4.   Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan.Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan
5.   Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
6.   Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir
7.   Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
8.   Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
9.   Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.


Antara peranan orang ramai ialah:
1.   Janganlah buang sampah sesuka hati ke dalam sungai,gunakan tong sampah,atau simpan cebisan kertas atau palstik atau kotak rokok sehingga berjumpa dengan tong sampah.Berubahlah sikit.. takkan sampah yang kecil pun tak mampu nak uruskan.
2.   Jimatkan penggunaan air.
3.   Kurangkan hakisan tanah semasa kerja tanah dijalankan
4.   Gunakan baja kimia dengan kaedah yang betul
5.   Elakkan tumpahan minyak semasa mengisi tangki minyak bot
6.   Amalkan konsep kitar semula
7.   Gunakan sabun membasuh pakaian yang mesra alam.
8.   Elakkan penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas tumbuhan pertanian seperti di sawah padi
9.   Jangan bina tandas gantung di tepi sungai
10.               Gunakan baja organik yang mesra tanah
11.               Jelaskan bil air pembentungan
12.               laporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar jika terdapatnya pencemaran di tempat anda.


Sungai Juru Pulau Pinang ini merupakan antara sungai yang mengalami pencemaran yang teruk. Telah  begitu banyak sampah dibuang ke sungai tersebut!

Sungai Hulu Langat  tercemar dengan bahan ammonia dari kilang dan Sungai Klang dilaporkan sebanyak 1 juta tan sampah setahun dikutip disepanjang sungai dan hanya terdapat satu spesis ikan sahaja yang boleh hidup di sungai tersebut,namun tidak boleh dimakan kerana mengandungi sisa racun yang tinggi!

Antara sungai yang tercemar teruk termasuklah
1.   Di Pulau Pinang seperti Sungai Juru,Sg Jelutong,Sg Pinang,Sg Jejawi,Sg Junjung dan Kluang
2.   Di Selangor seperti Sungai Sepang,Sg Buloh,Sg Klang,Sg Langat
3.   Di Johor seperti Sungai Tukang Batu,Sg Seget,Sg Skudai,Sg Kempas,Sg Danga
4.   Di Sabah seperti sungai Menggaris
Kongsi-kongsilah pendapat anda dengan saya terutama jika terdapat sungai yang tercemar berhampiran tempat tinggal anda…







JOHOR BAHRU, 10 Mei:  Tahap pencemaran dua daripada empat batang sungai yang yang sudah sedia tercemar di negeri ini semakin kritikal sepanjang tempoh empat tahun lepas. Dan daripada dua sungai itu, pencemaran Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang adalah yang paling teruk. Dalam tempoh berkenaan, Indeks Kualiti Air (IKA) sungai itu merosot daripada 28 pada 2002 kepada 17, tahun lepas.Turut membimbangkan, Sungai Tebrau yang sebelum ini dikategorikan sebagai sederhana tercemar,  kini menjadi antara lima sungai paling cemar di negeri ini.

Ini berikutan IKA sungai itu yang merosot daripada 72 pada 2002 kepada 58, tahun lepas. Sungai yang bacaan IKAnya 81 ke atas dikategorikan sebagai bersih manakala yang IKAnya di antara 60 dan 80 dianggap sederhana tercemar. Sungai yang mencatatkan bacaan IKA 59 dan ke bawah pula diklasifikasikan sebagai paling cemar. Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), punca utama kemerosotan kualiti air Sungai Tebrau ialah pelepasan sisa loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium.

Jurucakap JAS berkata kemerosotan IKA Sungai Tukang Batu pula berpunca daripada pembuangan sisa loji kumbuhan kilang di sekitar kawasan sungai itu. Menurutnya sebatang lagi sungai yang IKAnya turut merosot dalam tempoh itu ialah Sungai Perembi, juga di Pasir Gudang. “Bacaan IKA sungai ini turun kepada 47 daripada 49,” katanya dan menambah pembuangan sesuka hati kumbuhan kilang juga menjadi punca utama kemerosotan kualiti air.

Dua batang sungai lagi – Sungai Segget dan Sungai Buloh yang juga dalam kategori paling cemar, bagaimanapun menunjukkan sedikit perubahan. Bacaan IKA Sungai Buloh di Pasir Gudang menganjak daripada 26 pada 2002 kepada 28, tahu lepas. Sungai Segget pula mencatatkan perubahan yang menarik apabila bacaan IKAnya meningkat kepada 50 tahun lepas daripada 46 pada 2002.





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.