Total Pageviews

Friday 7 September 2018

Warisi-sungai-tercemar-beracun






KOTA BHARU 5 Dis. - Generasi muda Kelantan dikatakan bakal mewarisi sungai yang tercemar dan beracun akibat sifat tamak pihak tertentu serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Sungai dan Pantai, Kayu Kayan dan Alam Sekitar (MSPKAS) Kelantan, Mohd. Nor Ibrahim mendakwa, sungai-sungai di negeri ini yang keseluruhannya sepanjang lebih tiga juta kilometer terancam kerana kebanyakan pihak hanya meletakkan undang-undang dalam ‘poket’ mereka.

“Sesetengah pihak mendakwa sikap rakyat membuang sampah ke dalam sungai sebagai punca ia menjadi kotor dan keruh, padahal mengikut kajian dan pemerhatian kami, punca sebenarnya datang daripada projek-projek yang diluluskan kerajaan.

“Air sungai menjadi tercemar kerana aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah yang tidak terkawal, pembalakan, perlombongan emas dan besi serta aktiviti pertanian di kawasan Lojing yang membabitkan pemotongan lereng bukit sehingga air lumpurnya masuk ke dalam sungai.

“Sekarang pula, akibat aktiviti mengorek pasir sungai, dasarnya kini menjadi lebih dalam berbanding dasar laut menyebabkan apabila berlakunya fenomena air pasang, air laut melimpah masuk ke dalam sungai sehingga ke daerah Pasir Mas dan Pengkalan Kubor.

“Air laut yang melimpah ini akan kekal terpendam di dalam sungai menyebabkannya menjadi payau dan lama-kelamaan akan memberi kesan kepada kegiatan sawah padi penduduk kampung yang bergantung kepada pengairan dari sungai," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa membentangkan hasil kajian yang dijalankan selama lebih setahun oleh pihak jawatankuasa itu yang ditubuhkan di bawah Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK). Turut hadir Presiden PPPK, Ahmad Othman.

Mohd. Nor memberitahu, agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di setiap daerah tidak sepatutnya memberikan lesen mengorek pasir semberono jika mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal pihak yang mendapat kelulusan.

Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan kegiatan perlombongan emas di Ulu Sokor, Tanah Merah yang menurutnya berisiko air bekas lombong dibuang terus ke dalam sungai.

Beliau berkata, aktiviti perlombongan emas menggunakan bahan bertoksik yang lebih berbahaya daripada racun serangga dalam sektor pertanian.

“Kerajaan negeri dilaporkan teruja dengan pendapatan puluhan juta daripada kutipan cukai perlombongan emas sedangkan apa yang kita dapat apabila sungai kita sudah ‘mati’? Sungai kita dahulu menjadi lubuk kepada banyak hidupan air seperti ikan kelah, udang dan etak tetapi sekarang tidak lagi.

“Adalah lebih baik kita jaga dan pulihkan semula sungai dilakukan negara seperti Thailand sehingga boleh menjadi tarikan kegiatan rekreasi pelancong dalam dan luar negara," katanya.



P/S : Adalah tidak adil mengatakan hanya sungai Kelantan beracun kerana hakikatnya kesemua sungai Di Malaysia adalah beracun!!! Ini jelas kerana pusat pelupusan sampah biasa terletak di hulu sungai…. Ladang sawit dan industry kilang2 juga  terletak di hulu sungai.

Di Selangor lebih teruk kerana pelbagai jenis industri yang mengeluarkan hasil sampingan berbahaya kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kanser dalam tempoh jangka panjang di letakkan di hulu sungai….

Serupa juga keadaannya di negeri negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang malahan Sabah Sarawak tidak terkecuali di mana industry perkilangan atau perladangan diletak dihulu sungai manakala di hilir adalah loji pengepam air untuk bekalan air minum anda anda sekalian…. Parameter yang dikesan oleh pihak berkuasa Kementerian Kesihatan adalah… Kementerian Kesihatan memantau tidak lebih daripada 30 parameter kimia sahaja sedangkan produk kimia yang terbabas melalui larut resap atau air longkang ke dalam sungai (di bahagian  hulu sungai) berjumlah lebih daripada 3,000,000 jenis pelbagaian bahan kimia!!!

Tidak hairanlah sekarang manusia di Malaysia telah mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti strok, kanser, nerve degeneration dsbnya… Ini tidak termasuk dengan kematian bayi akibat kecacatan teruk (Lethal Congenital Malformation), kanser di kalangan kanak kanak, kanak kanak lembam akibat pencemaran plumbum dsbnya…

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.