Total Pageviews

Friday 7 September 2018

Sungai-Beluan-kian-tercemar







SAYA adalah antara 300 penduduk di Kampung Beluan, daerah Lipis ingin menyatakan kebimbangan berikutan air Sungai Beluan berdekatan penempatan kami, yang tercemar, dipercayai berpunca operasi perlombongan bijih besi di kawasan berdekatan. Untuk makluman pembaca Rakan Pahang, sebelum lombong beroperasi, sungai di kampung kami menjadi tumpuan penduduk menangkap ikan air tawar dan sumber alternatif bagi keperluan harian jika kami terputus bekalan air bersih.

Sehubungan itu, senario pencemaran sungai itu mulai serius sejak awal tahun ini apabila air bertukar menjadi keruh dan berwarna kemerahan pekat sehingga kami bimbang untuk turun menangkap ikan air tawar hatta sekalipun menjadi sumber bekalan alternatif untuk keperluan harian. Untuk makluman pihak berwajib, sebenarnya pencemaran itu telah berlaku sejak lombong berkenaan beroperasi, malahan senario itu bertambah teruk ketika setiap kali hujan lebat.

Pencemaran itu berasas apabila didapati air sungai ini keruh pekat dan berwarna disebabkan aliran di hulu bercampur tanah yang mengalir masuk ke dalam Sungai Beluan. Saya selaku penduduk tetap kampung ini menaruh harapan agar pengusaha berkenaan dapat mengurangkan kadar pelepasan air lumpur dari loji lombong bagi meredakan keadaan pencemaran sungai ini.
Saya dan penduduk di sini juga berharap agar ada alternatif bagi pengusaha berkenaan melaksanakan pelepasan air dari lombong berkenaan untuk mengurangkan pencemaran termasuk keladak yang mengundang komplikasi kesihatan penduduk di sini. Menerusi ruangan Rakan Pahang minggu ini, penduduk kampung berharap pihak berwajib memantau pencemaran berkenaan untuk memulihara kebersihan sumber air dan habitat akuakultur di situ.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.