Total Pageviews

Friday 7 September 2018

Kilang proses sawit punca pencemaran


Kilang proses sawit punca pencemaran



Kluang: Kilang memproses kelapa sawit di Ulu Remis milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki menjadi punca pencemaran ammonia di Sungai Johor baru-baru ini, diarahkan menutup operasinya selama 60 hari berkuat kuasa hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menerima laporan daripada Syarikat Air Johor (SAJH) Holding pada 11 Julai lalu, satu siasatan secara terperinci dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Katanya, selepas tiga hari melakukan siasatan, pihak terbabit mengenal pasti punca pencemaran datangnya daripada Sungai Remis yang terdapat operasi sebuah kilang memproses kelapa sawit.
"Pencemaran adalah akibat limpahan sisa buangan terawat daripada parit yang dialirkan oleh kilang itu dan satu notis pemberhentian operasi dikeluarkan pada 14 Julai.
"Berikutan itu, pihak kilang mengambil tindakan segera dengan menutup operasi sepertimana yang diarahkan melalui notis dikeluarkan seterusnya mengambil tindakan membuat penyelenggaraan terhadap kawasan limpahan dikenal pasti," katanya ketika membuat lawatan mengejut ke kilang itu, hari ini.
Hamim berkata, hasil daripada penerangan yang diberikan, pihaknya mendapati kejadian pencemaran itu bukanlah akibat daripada saliran yang dialirkan terus ke sungai oleh kilang ini tetapi akibat daripada limpahan di beberapa bahagian parit sejauh kira-kira 600 meter itu.
"Arahan penutupan dilakukan mengikut Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam sekeliling 1974 dan sekiranya gagal dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan tindakan lain yang akan dilakukan termasuk menggantung lesen dan melanjutkan notis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.