Wednesday, 2 May 2018
Adakah Linas Selamat
HOW DANGEROUS ARE THESE WASTES?
Tuesday, 1 May 2018
Ganja Halal
Mulai Juli, ganja bisa dengan mudah ditemukan di seluruh apotik di Uruguay.
Berbeda dengan kafe ganja di Belanda atau penggunaan ganja medis di beberapa kota bagian di Amerika Serikat, Uruguay mempersilakan warganya menggunakan ganja di mana saja. Pemerintah pun membebaskan warganya menumbuhkan mariyuana di rumah mereka.
Sebelumnya, pemerintah sayap kiri telah mengeluarkan ijin bagi warga untuk menumbuhkan ganja di rumah dan mengisapnya di kelab malam. Namun kini, cannabis bisa dengan mudah dibeli di apotik, bersama dengan keperluan medis lainnya.
“Ini adalah langkah besar dalam evolusi bermasyarakat,” ujar Marcos Ferreira, 41, salah seorang warga Uruguay yang ikut mendaftarkan diri untuk penggunaan ganja legal di sebuah kantor pos di Montevideo.
Namun, pengguna harus mendaftarkan diri ke pemerintah, melalui kantor pos, untuk memastikan konsumsi mereka tidak lebih dari 40 gram per bulannya.
Adapun, Diego Oliviera, Sekretaris Jenderal Dewan Narkoba Nasional Uruguay, menyebut harga mariyuana di Uruguay terbilang murah. Per gram, mariyuana dibanderol dengan harga US$1,3 atau sekitar Rp17 ribu.
“Harga itu 50 persen lebih murah daripada di pasar gelap,” kata Yamila, salah satu pengguna ganja, dilansir AFP.
“Anak muda akan pergi kemana pun untuk mencari ganja, selain harganya mahal, mereka tidak tahu itu berkualitas atau tidak,” tambahnya.
Yamila menambahkan, kini dia tidak lagi khawatir mendapatkan ganja berkualitas buruk dengan harga selangit.
“Saya tinggal perhi ke apotik untuk membelinya,” ujarnya. “Itu lebih baik, efisien dan aman.”
Kendati demikian, beberapa staf pemerintahan masih ada yang menentang legalisasi ganja yang disahkan oleh Mantan Presiden beraliran kiri, Jose Mujica.
Oleh karena itu, pengumuman legalisasi ganja itu juga dibarengi dengan pemutaran video peringatan akan risiko kesehatan konsumsi ganja.
Tapi, pemerintah yakin legalisasi ganja bisa mengurangi angka kriminalitas dan kekerasan yang berkaitan dengan narkotika.
Padahal, wisata ganja bisa menjadi tambahan devisa bagi negara. Manuel Martin, yang punya dua kewarganegaraan, Spanyol dan Uruguay, menyebut dia akan dengan senang hati pindah ke Uruguay hanya demi bisa menikmati ganja secara legal.
“Ini adalah hal yang benar. Penikmat ganja bisa membeli di apotik dengan jaminan kualitas, tidak lagi membeli di jalanan yang punya banyak risiko. Saya pindah ke Uruguay demi ini,” kata Martin.
PBB mengeluarkan ganja dari senarai bahan narkotik
Disember 4, 2020
Gambar fail menunjukkan daun ganja yang dipamerkan pada majlis pembukaan kinik ganja di Bangkok selepas Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan. - Foto AFP
VIENNA: Negara anggota agensi Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menggugurkan status ganja daripada senarai kawalan ketat dadah narkotik.
Langkah itu selaras dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melakukan kajian terhadap penggunaan ganja dalam sektor perubatan.
Persidangan tahunan Suruhanjaya Dadah Narkotik memperoleh undian 27 menyokong berbanding 25 menolak pengguguran ganja daripada Jadual IV, Konvensyen Tunggal Dadah Narkotik 1961 iaitu peraturan global yang mengawal kawalan dadah.
Undian itu adalah berdasarkan cadangan WHO pada 2019 yang menakrifkan ganja sepatutnya dikawal bagi mencegah sebarang risiko kesan dadah itu dan pada masa sama, tidak menghalang akses serta kajian berkaitan kegunaan perubatan.
Dadah lain dalam Jadual IV itu termasuk heroin, fentanyl dan bahan candu yang dikategorikan sebagai berbahaya serta boleh menyebabkan kematian.
Mengikut penemuan WHO, ganja tidak mempunyai risiko kematian kerana berupaya mengurangkan kesakitan dan sawan.
Kenyataan PBB mengenai persidangan itu bagaimanapun tidak memperincikan negara mana yang menyokong atau menolak usul itu termasuk alasan undian yang disifatkan sengit.
Kata PBB lagi, pihak yang mengambil bahagian akan menyelaras tindakan kawalan khusus yang diperlukan dengan mengambil kira sifat berbahaya daripada ubat yang disenaraikan dalam Jadual IV. - AGENSI
.
Kilang Roti uli tepung guna kaki diarah tutup
Dua belas premis makanan kotor termasuk sebuah kilang roti diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang setelah gagal mematuhi peraturan kebersihan. Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ku Nafishah Ku Ariffin berkata hasil risikan dan maklumat awam mendapati amalan penyediaan roti di kilang di Bayan Baru itu tidak memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan selain menggunakan peralatan kotor. "Selain kebersihan premis tidak memuaskan, pekerjanya juga tidak memakai pakaian pengendali makanan lengkap seperti topi dan sarung tangan," katanya pada sidang media di sini Rabu. Beliau berkata dalam 'Ops Food Court' selama tujuh jam berakhir pukul 1 pagi itu, sebanyak 115 premis makanan diperiksa dan sebilangan besar pemiliknya mempunyai kesedaran tinggi mengenai tatacara penyediaan makanan yang betul berikutan operasi seumpama itu kerap dilakukan dari semasa ke semasa. Katanya daripada jumlah itu hanya sebuah premis diarah tutup bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) serta Seberang Perai Selatan (SPS) manakala Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya masing-masing lima buah. "Antara kes lain yang dikesan adalah terdapat najis tikus serta lipas di dalam premis, bahan makanan diletakkan di atas lantai serta peti sejuk tidak berfungsi," katanya. Ku Nafishah berkata premis terbabit diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan mereka harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi dan dibenarkan berniaga semula. Dalam operasi itu pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan 55 kompaun berjumlah RM4,600 atas kesalahan tidak menyediakan perangkap minyak pada saluran buangan dari dapur dan tidak mempamerkan lesen perniagaan. Orang ramai boleh menghubungi jabatan itu di talian 04-2017277 jika mempunyai sebarang aduan melibatkan premis makanan kotor di negeri ini... lapor Bernama