Cari
lah Uwais bin Amir
Carilah kamu Uwais bin Amir Al
Karani. Seorang pemuda ( pemuda miskin penjaga Unta masih belum berkahwin ) daripada
Yaman. Uwais tidak pernah dapat berjumpa dengan Nabi Muhammad tetapi sangat dikenali, disenangi,
dicintai oleh seluruh penduduk langit. Orang putih kata, “ Don’t judge a book
by its cover,”.
Tahukah anda siapa Uwais bin
Amir? Nama yang amat kurang kedengaran di kalangan kita, sedangkan Rasullulah
SAW menyuruh sebenar pesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali ( Dua manusia
yang dijamin syurga ) agar mencari dan belajar daripada Uwais bin Amir selepas
Nabi Wafat
Uwais bin Amir Al Karani. Manusia
miskin berbaju lusuh yang dihina oleh semua masyarakat tetapi amat dimuliakan dan
disayangi oleh Allah Taala !!! Kalau Uwais berdoa, Allah perkenankan doanya.
Allah tidak pernah mengadili
seseorang dengan pangkat, dengan kedudukan, dengan pengaruh, dengan nama,
dengan pakaian, dengan keterampilan wajah rupa, dengan emas + intan + berlian
dsbnya yang keduniaan ...
49:11 Hai orang orang yang beriman, janganlah kaum laki
laki menghinakan kaum laki laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang
dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum
perempuan (menghinakan) kaum perempuan (yang lain), kerana boleh jadi perempuan
yang dihinakan itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu
cela mencela sesama kamu dan jangan pula panggil memanggil dengan gelaran (yang
tidak baik). Seburuk buruk nama ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang
tiada bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya.
Tetapi Allah melihat manusia
secara menilai makam ( Tingkatan seseorang ) iaitu Penyerahan, Taqwa dan Iman
manusia itu apabila diuji Allah. Justeru seseorang yang berpangkat paling
rendah, tingkatan kerja paling hina dalam masyarakat sebenarnya telah mendapat
tempat yang sangat istimewa di sisi Allah malah seluruh penduduk langit amat menyenangi
dan menanti nantikan saat kembalinya beliau kepada penduduk langit.
95:4
Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.