Total Pageviews

Sunday 5 January 2020

7 menteri ke sekolah di Puchong


Lepas kontroversi, 7 menteri ke sekolah di Puchong


Diterbitkan









Tujuh menteri kabinet termasuk timbalan perdana menteri melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 di Puchong petang ini.


Sekolah itu sejak semalam menjadi buah mulut netizen selepas mendapat bantahan kerana memasang perhiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Lebih manis, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyerahkan 20 tanglung tambahan kepada pihak sekolah untuk digantung sekitar sekolah, sumbangan Adun Kinrara, Ng Sze Han.


Turut hadir Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof dan Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah.


Ini menjadikan SMK Pusat Bandar Puchong 1, satu-satunya sekolah di Malaysia dihadiri tujuh menteri kabinet.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching,, Exco Negeri Selangor Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Dr Mahanom Mat Sam.


Wan Azizah mengetuai lawatan tersebut menandatangan salah satu tanglung sebelum ditandatangani menteri-menteri lain. 


Mujahid memberitahu bahawa beliau menandatangan dalam Jawi sambil senyum.


Para hadirin termasuk guru-guru dan murid teruja dengan kehadiran para menteri. Banyak hadirin mengambil peluang gambar dengan para menteri.
Ada juga ibu bapa mengucapkan terima kasih kepada menteri kerana memberi perhatian segera.


Sementara itu, Wan Azizah memberitahu pemberita bahawa kehadiran menteri kabinet ke sekolah itu untuk menunjukkan perpaduan di negara ini.


"Kami datang nak tunjukkan bahawa kita nak jaga perpaduan di negara ini.


"Jemaah menteri memang sebulat suara nak kita menjaga keharmonian negara ini dan terus maju dalam 2020 ini," katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat sekolah.


Beliau turut mengingatkan supaya tidak memainkan isu yang boleh memecah belah perpaduan negara. 


"Selama merdeka tidak pernah ada menjadi isu tentang tanglung, perayaan bersama-sama dengan kita dalam negara yang majmuk. Jangan lah memainkan isu yang boleh memecah belahkan kita.


"Jadi kita datang tunjuk bahawa jangan kita menjadi isu yang tidak sepatutnya menjadi isu," tambah beliau sambil disambut oleh menteri lain dengan mengetuk meja," tambahnya.


Terdahulu, pihak media yang menunggu di pintu depan sekolah sejak pagi tidak dibenarkan masuk. 


Guru-guru juga tidak turun ke pintu depan sekolah. Yang datang pun menutup muka dengan tudung.


Bagaimanaoun, selepas diberitahu Azizah bakal hadir pada pukul 4.30 petang, pegawai-pegawai daripada pejabat pendidikan negeri, pihak polis bersama guru-guru berkumpul di pintu hadapan.
Pihak media juga kemudian dibenarkan masuk.





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.