AHLI
PARLIMEN DAP KEPONG YANG BIADAP
Aug
3, 2019
Posting
beliau – Lim Lip Eng, ahli Parlimen DAP Kepong berbunyi:
(Terjemahan)
“Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan
bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar muda, jangan kita menyapu tahi
lembu di wajah kita dengan memperkenallan khat. Tolonglah.”
Ini
ekoran langkah Kementerian Pendidikan mahu memperkenalkan pengajaran seni khat
dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 mulai tahun depan.
Negara
kita mengamalkan hak kebebasan bersuara dan memberi pandangan. Namun ianya ada
batas dan adabnya. Bermakna ia tidak mutlak.
Jika
semua kita bebas berkata apa sahaja yang terlintas di benak pemikiran kita,
pasti negara berbilang kaum dan agama ini menjadi huru-hara sebagaimana
sesetengah negara dunia ketiga.
Ada
pemimpin DAP dan NGO Cina yang mungkin tidak setuju dengan langkah kementerian
ini, maka bantahlah ikut apa sahaja saluran namun jangan sampai biadap dan
menghina.
Tulisan
Jawi adalah tulisan Melayu asal di tanahair kita. Ia merupakan tulisan resmi
buat budaya dan bangsa Melayu sehinggalah diperkenalkan tulisan Rumi.
Tulisan
jawi inilah digunakan dalam dokumen dan rekod resmi kerajaan dan rakyat zaman
berzaman.
Malah
pemasyhuran Kemerdekaan Negara yang dibacakan oleh Almarhum YTM Tunku sebagai
PM Negara yang pertama 31 Ogos 1957 juga bertulisan Jawi
Tiba-tiba
Lip Eng dalam keghairahan menolak langkah pihak kementeria ini telah
menggunakan bahasa yang amat biadab malah menghina orang-orang Melayu amnya.
Memperkenalkan
tulusan Khat Jawi disamakan ahli Parlimen ini sebagai menyapu tahi lembu di
wajah kita semua.
Jawi
sama dengan najis?!
Kalau
kita katakan DAP ini parti rasis dan tidak pernah memperjuangkan nasib dan
masadepan umat Melayu Islam, ada yang tidak percaya.
Tapi
lihatlah tulisan pemimpin DAP ini.
Ianya
satu penghinaan terhadap orang Melayu serta benar-benar mencabar kesabaran kita
semua.
Bila
kaduk naik junjung, bila mereka dominan dalam kerajaan, maka bersedialah kita
menanggung akibatnya.
Bangkitlah
umat Melayu Islam. Saat untuk brrubah sudah bermula. Jika terus lalai, maka
alu-alukanlah kemunculan “Singapura ke 2”.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.