Kisah Uwais al-Qarni
(Pemuda Terkenal Di Langit)
Jom kenali salah satu tokoh Islam iaitu
kisah Uwais al-Qarni terkenal di langit tidak terkenal di bumi.
Siapakah Uwais al-Qarni?
Nama Uwais Al Qarni adalah Uwais bin ‘Amir bin Juz’in bin Malik
al-Qarni al-Muradi al-Yamani. Manakala nama gelarannya adalah Abu ‘Amr. Beliau
merupakan golongan tabi’in yang hidup pada zaman Nabi saw semasa beliau masuk
Islam, namun tidak pernah berjumpa dengan Nabi saw sepanjang hayatnya.
Beliau tidak berpeluang menziarahi Nabi saw di Madinah kerana
menjaga serta berkhidmat kepada ibu beliau yang sudah tua dan uzur (Hilyatul
‘Auliya 2/87).
Itulah sebabnya beliau tidak dikategorikan
sebagai sahabat (kerana tidak bertemu dengan Nabi saw), tetapi dikategorikan
sebagai tabi’in. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Yaman. Az-Zahabi berkata
mengenai beliau,
“Uwais al-Qarni adalah seorang teladan yang zuhud, penghulu para
tabi’in di zamannya, termasuk di antara wali-wali Allah yang soleh lagi
bertaqwa, dan hamba-hambanya yang ikhlas.” (Siyar A’lam An Nubala’ 4/19)
Riwayat Tentang Uwais
al-Qarni
1) Dari Usair bin Jabir, bahawa penduduk Kufah mengutus beberapa
utusan kepada Umar bin Khattab, dan di antara mereka ada seseorang yang biasa
mencela Uwais. Maka Umar berkata; “Apakah di sini ada yang berasal dari Qaran.
Lalu orang itu menghadap Umar. Kemudian Umar berkata: “Sesungguhnya Rasulullah
saw telah bersabda”:
إِنَّ رَجُلًا يَأْتِيكُمْ مِنْ الْيَمَنِ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ لَا
يَدَعُ بِالْيَمَنِ غَيْرَ أُمٍّ لَهُ قَدْ كَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَدَعَا اللَّهَ فَأَذْهَبَهُ
عَنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ الدِّينَارِ أَوْ الدِّرْهَمِ فَمَنْ لَقِيَهُ مِنْكُمْ فَلْيَسْتَغْفِرْ
لَكُمْ
Maksudnya, “Sesungguhnya akan datang kepadamu
seorang lelaki dari Yaman yang biasa dipanggil dengan Uwais. Dia tinggal di
Yaman bersama ibunya. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang (berwarna
putih). Lalu dia berdoa kepada Allah, dan Allah pun menghilangkan penyakit itu,
kecuali tinggal sebesar wang dinar atau dirham sahaja. Barangsiapa di antara
kalian yg menemuinya, maka mintalah kepadanya untuk memohon ampun kepada Allah
untuk kalian.” (HR Muslim No.4612)
2) Dari Umar al-Khattab, dia berkata;
إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ
بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ
Maksudnya, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik tabi’in adalah seorang lelaki yang
dipanggil Uwais, dia mempunyai seorang ibu, dan padanya terdapat tanda putih,
maka suruhlah dia untuk memintakan ampun bagi kalian.” (HR Muslim).
3) Dari Usair Bin Jabir, dia berkata;
كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا أَتَىعَلَيْهِ أَمْدَادُ أَهْلِ
الْيَمَنِ سَأَلَهُمْ أَفِيكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ حَتَّى أَتَى عَلَى أُوَيْسٍ
فَقَالَ أَنْتَ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ
قَرَنٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَكَانَ بِكَ بَرَصٌ فَبَرَأْتَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ
دِرْهَمٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَكَ وَالِدَةٌ قَالَ نَعَمْ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ
مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ
فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ
عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ فَاسْتَغْفِرْ
لِي فَاسْتَغْفَرَ لَهُ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ الْكُوفَةَ قَالَ
أَلَا أَكْتُبُ لَكَ إِلَى عَامِلِهَا قَالَ أَكُونُ فِي غَبْرَاءِ النَّاسِ أَحَبُّ
إِلَيَّ قَالَ فَلَمَّا كَانَ مِنْ الْعَامِ الْمُقْبِلِ حَجَّ رَجُلٌ مِنْ أَشْرَافِهِمْ
فَوَافَقَ عُمَرَ فَسَأَلَهُ عَنْ أُوَيْسٍ قَالَ تَرَكْتُهُ رَثَّ الْبَيْتِ قَلِيلَ
الْمَتَاعِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ
ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ
وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ
أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ فَأَتَى أُوَيْسًا فَقَالَ اسْتَغْفِرْ لِي قَالَ
أَنْتَ أَحْدَثُ عَهْدًا بِسَفَرٍ صَالِحٍ فَاسْتَغْفِرْ لِي قَالَ اسْتَغْفِرْ لِي
قَالَ أَنْتَ أَحْدَثُ عَهْدًا بِسَفَرٍ صَالِحٍ فَاسْتَغْفِرْ لِي قَالَ لَقِيتَ عُمَرَ
قَالَ نَعَمْ فَاسْتَغْفَرَ لَهُ فَفَطِنَ لَهُ النَّاسُ فَانْطَلَقَ عَلَى وَجْهِهِ
قَالَ أُسَيْرٌ وَكَسَوْتُهُ بُرْدَةً فَكَانَ كُلَّمَا رَآهُ إِنْسَانٌ قَالَ مِنْ
أَيْنَ لِأُوَيْسٍ هَذِهِ الْبُرْدَةُ
Maksudnya, “Ketika Umar Bin al-Khattab didatangi oleh rombongan
orang Yaman, dia selalu bertanya kepada mereka;
‘Apakah Uwais bin Amir
ada dalam rombongan kalian?’
Hingga pada suatu hari, Khalifah Umar bin
Khattab bertemu dengan Uwais seraya bertanya;
‘Apakah kamu Uwais bin
Amir?’
Uwais menjawab; ‘Ya. Benar saya adalah Uwais.’
Khalifah Umar bertanya lagi; ‘Kamu berasal dari Murad dan kemudian
dan Qaran?’
Uwais menjawab; ‘Ya benar.’
Selanjutnya Khalifah Umar bertanya lagi; ‘Apakah
kamu pernah diserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar mata
wang dirham pada dirimu?’
Uwais menjawab; ‘Ya benar.’
Khalifah Umar bertanya lagi; ‘Apakah ibumu masih ada?’
Uwais menjawab; ‘Ya, ibu saya masih ada.’
Khalifah Umar bin Khattab berkata; ‘Hai
Uwais, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Uwais bin
Amir akan datang kepadamu bersama rombongan orang-orang Yaman yang berasal dari
Murad kemudian dari Qaran.
Ia pernah terserang
penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar wang dirham. Ibunya masih
hidup dan dia selalu berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah
maka akan dikabulkan sumpahnya itu, maka jika kamu dapat memohon agar dia
memohonkan ampunan untuk kalian, lakukanlah! Oleh kerana itu wahai Uwais,
mohonkanlah ampunan untukku!’
Lalu Uwais pun memohonkan ampunan untuk Umar bin Khattab.
Setelah itu, Khalifah Umar bertanya kepada Uwais; ‘Hendak
ke mana kamu pergi wahai Uwais?’
Uwais bin Amir menjawab; ‘Saya hendak pergi ke Kufah ya Amirul
Mukminin.’
Khalifah Umar berkata lagi; ‘Apakah aku perlu membuatkan surat
khusus kepada Gabenor Kufah?
‘Uwais bin Amir menjawab; ‘Saya Iebih senang berada bersama
rakyat jelata ya Amirul Mukminin.’
Usair bin Jabir berkata; ‘Pada tahun
berikutnya, seorang Gabenor Tinggi Kufah pergi melaksanakan ibadah haji ke
Mekah. Selesai melaksanakan ibadah haji, dia pun pergi mengunjungi Khalifah
Umar bin Khattab. Lalu Khalifah pun menanyakan tentang berita Uwais kepadanya.
Gabenor itu menjawab;
‘Saya membiarkan Uwais
tinggal di rumah tua dan hidup dalam keadaan yang sangat sederhana.’
Umar bin Khattab berkata; ‘Sesungguhnya
aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Kelak Uwais bin Amir akan datang
kepadamu bersama rombongan orang-orang Yaman.
Ia berasal dari Murad
dan kemudian dari Qaran. Ia pernah terserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali
tinggal sebesar mata wang dirham. Kalau dia bersumpah dengan nama Allah,
nescaya akan dikabulkan sumpahnya. Jika kamu dapat meminta agar dia berkenan
memohonkan ampunan untukmu, maka laksanakanlah!’
Setelah itu, Gabenor Kufah tersebut Iangsung menemui Uwais dan
berkata kepadanya; ‘Wahai Uwais, mohonkanlah ampunan
untukku!’
Uwais bin Amir dengan perasaan hairan menjawab; ‘Bukankah
engkau baru saja pulang dari perjalanan suci, ibadah haji di Mekah? Maka
seharusnya engkau yang memohonkan ampunan untukku.’
Gabenor tersebut tetap berkeras dan berkata; ‘Mohonkanlah
ampunan untukku wahai Uwais?’
Uwais bin Amir pun menjawab; ‘Engkau baru pulang dari ibadah haji,
maka engkau yang Iebih baik berdoa untukku.’
Kemudian Uwais bertanya kepada Gabenor itu; ‘Apakah
engkau telah bertemu dengan Khalifah Umar bin Khattab di Madinah?’
Gabenor Kufah itu menjawab; ‘Ya. Aku telah bertemu dengannya.’
Akhirnya Uwais pun memohonkan ampunan untuk Gabenor Kufah
tersebut.
Setelah itu, Uwais dikenali oleh masyarakat ramai, tetapi dia
tetap tidak berubah hidupnya dan tetap seperti dahulu.
Usair berkata; ‘Maka aku memberikan Uwais sehelai selendang yang
indah, hingga setiap kali orang yang melihatnya pasti akan bertanya; ‘Dari mana
Uwais memperoleh selendang itu?” (HR Muslim)
Kisah Uwais al-Qarni
dengan Ibunya
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang
berpenyakit sopak (penyakit kulit tompok-tompok putih). Walaupun begitu, beliau
adalah seorang yang soleh dan amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur.
Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit
sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sehingga beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais al-Qarni bahawa dia
sangat berhajat untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah. Kerana kemiskinan,
Uwais al-Qarni tidak mampu untuk mencari perbelanjaan buat ibunya kerana
pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu
menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’.
‘Haudat’ ialah sebuah rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan. Selesa namun
perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian.
Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais al-Qarni yang
semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi
akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau telah membeli seekor
anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah
kecil untuk anak lembu tersebut di atas sebuah bukit. Apa yang beliau lakukan
ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu itu naik ke atas bukit.
Manakala, pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun
dari bukit tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari.
Ada kalanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit di mana tempat untuk
lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan
beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit,
kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun
bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni adalah
seorang yang bijak.
Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu
sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais al-Qarni pula menjadi
kuat hinggakan dengan mudah dia mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik
bukit setiap hari.
Sebenarnya perbuatan Uwais al-Qarni selama ini adalah satu
latihan dan persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau
telah mendukung ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di
belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan
sebagainya.
Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula
ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan
kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang
Arafah dengan senang sahaja. Dan beliau juga memangku ibunya dengan kedua
tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya
bertanya: “Uwais, apakah yang kamu doakan sepanjang kamu berada di
mekah?”
Uwais al-Qarni menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah
mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais Al-Qarni menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan
masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa
agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais Al-Qarni berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana
ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, seperti saya
tidak bersyukur dengan Allah taala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti
taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat
tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya
Allah menyembuhkan penyakit putih sopak yang dihidapinya itu. Namun kerana dia
takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku
berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah swt menyembuhkan penyakit sopaknya serta merta, hilang
putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit
syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais al-Qarni inilah
tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina
Ali ra:
“Dahulu pada kulitnya
ada penyakit belang (berwarna putih). Lalu dia berdoa kepada Allah, dan Allah
pun menghilangkan penyakit itu, kecuali tinggal sebesar wang dinar atau dirham
sahaja.”
Kesimpulan
Nabi Muhammad saw berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina
Ali ra untuk mencari pemuda yang bernama Uwais al-Qarni supaya mendoakan
keampunan buat mereka. Dari sini, sudah jelas bahawa Uwais al-Qarni bukanlah
seorang pemuda yang biasa-biasa.
Dia adalah pemuda yang sangat istimewa sehingga doanya begitu
makbul. Itulah sebabnya ramai yang menyifatkan Uwais al-Qarni sebagai pemuda
yang tidak mahsyur di bumi, tetapi tersangat mahsyur di langit.
Hadis berkenaan Uwais al-Qarni ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Namun begitu, kisah berkenaan Uwais dan ibunya terdapat banyak versi dan
penulis sendiri tidak pasti dari mana sumber asli tentang kisah ini. Namun
begitu, dari kisah ini, kita dapat ketahui bahawa Uwais al-Qarni merupakan
seorang anak yang sangat taat kepada ibunya dan sanggup berbakti kepada ibunya
yang uzur.
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah
perintah Allah swt kepada setiap insan yang bergelar anak. Malah, keredhaan
Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw,
رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا
Maksudnya, “Redha Allah terletak pada redha kedua
orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR
at-Tabrani)
Mudah-mudahan, kisah Uwais al-Qarni ini menjadi inspirasi kepada
kita semua agar berbakti kepada ibu bapa selagi hayat mereka ada. Jika mereka
telah pergi menghadap Ilahi, menjadi tanggungjawab kita sebagai anak untuk
mendoakan kebahagian serta kesejahteraan ibu bapa di alam sana.
Kenapakah gerangan manusianya Uwais menjadi tersangat istimewa sehingga jauh melebihi taraf para manusia lain? Ya ... Kerana ia tidak pernah mengeluh atau tidak pernah marah, tidak pernah mempersoalkan, tidak pernah kritik, tidak pernah tidak berpuas hati sedikit pun terhadap apa apa bentuk ujian berat yang dikurnia datangkan Allah kepada beliau melainkan kesemuanya berjaya diharung dengan hati yang lapang dan tenang...
__________________________________________________________________________
Maka amatlah merugi mereka mereka yang telah menghinanya dengan mengatakannya
gila, busuk, miskin hina, hitam, rimas dengannya, merugi juga wanita wanita
yang tidak mau berkahwin dengannya, juga pada kalangan mereka mereka yang tidak
senang dengannya, lebih buruk lagi apabila mereka membencinya atau memfitnahnya
atau melakukan apa apa yang menyinggung hati dan perasaannya, kerana Hussein tergolong
dalam manusia yang dicintai Allah dan penduduk langit dan juga kerana kamu jelas
tidak beriman malah kamu melanggar 49:11 Hai
orang orang yang beriman, janganlah kaum laki laki menghinakan kaum laki laki
(yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum
yang menghinakan dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan
(yang lain), kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu, lebih baik dari
perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela mencela sesama kamu dan jangan
pula panggil memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk buruk nama
ialah pasik sesudah beriman. Barang siapa yang tiada bertaubat, maka mereka
itulah orang yang aniaya.
Drama 'Insan
Terpilih', Husein jadi sebutan... “kutip beras bagi semut makan, cuci tandas
surau guna berus gigi...!”
Khamis, 12
September 2019
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/09/12/husein-orang-gila
BARU-BARU ini sebuah telefilem berjudul Insan Terpilih
disiarkan di TV3 yang mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Firdaus lakonan
Syazwan Zulkifly cukup menyentuh perasaan penonton sehingga menjadi bualan
hangat dalam kalangan warganet.
Ramai
terkesan dengan lakonan Syazwan sebagai seorang lelaki kurang siuman, selain
berasa kasihan dengan kisah hidup lelaki itu yang sering dihina penduduk
kampung kerana fizikalnya yang kotor dan berbau busuk.
Bagaimanapun watak tersebut
dikatakan berdasarkan kisah sebenar mengenai seorang lelaki bernama Husein atau
lebih dikenali sebagai Husein Si Orang Gila yang menjadi sering diperkatakan dalam
kalangan penduduk di Klang, Selangor.
Sehingga ke hari ini jemaah tetap mendoakan Husein dan
merindui kehadirannya di surau.
Kematian yang dicemburui, ketika dimandikan sifat sebenar
Husein ditunjukkan Allah
Sehingga
hari ini nama Husein menjadi sebutan walaupun lelaki itu sudah meninggal dunia
dan kematiannya sangat dirasai.
Malah
ketika jenazahnya dimandikan, tiga tukang mandi jenazah bertukar kerana tidak
sanggup akibat menggigil, menangis serta sebak melihat Allahyarham.
Bukan
kerana rasa geli atau takut, sebaliknya terpukau dengan wajahnya yang dulu
hitam berdaki kini berseri-seri, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau
busuk hilang begitu sahaja.
"Wanginya
jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah pakai. Allahuakbar!
Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia kurang siuman, tapi hakikatnya
dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk.
"Zahirnya
bila dimandikan kelihatan sifat sebenar Allahyarham. Seminggu surau sunyi sepi,
sebulan juga silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein.
Bayangkan
30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai
menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein," cerita jemaah surau.
Husein cuci lantai guna berus gigi, kutip butiran nasi
untuk semut
Siapa
sebenarnya Husein? Seperti diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau,
Husein sering ada di surau itu bagi membantu mengutip sampah di atas karpet dan
menyimpannya dalam poketnya.
Walaupun
pernah diberikan penyapu untuk memudahkan kerjanya, namun Husein tetap mahu
mengutip sampah menggunakan tangan kerana ingin mengutip pahala berganda
daripada Allah.
"Katanya
rugilah dirinya sekiranya pakai penyapu kerana kalau kutip guna tangan 10 kali
ganda Allah beri pahala kepadanya," ujarnya.
Kehadiran
Husein sangat dirasai oleh jemaah surau berkenaan sehingga kehilangannya secara
tiba-tiba menimbulkan pertanyaan.
"Patutlah
dah lama tak nampak Husein, rupa-rupanya di dah pergi meninggalkan dunia yang
fana ini. Dia digelar Husein Gila sebab dari zahirnya kita lihat di tak seperti
orang biasa atau normal.
Tidak hanya mengutip sampah, Husein juga ringan tulang
mencuci bilik air surau menggunakan berus giginya sendiri.
Kata jemaah itu, Husein akan memberus lantai, dinding
bilik air dengan bersungguh-sungguh sehinggakan satu bilik air tidak siap
dicuci kerana dia menggunakan berus gigi.
Tidak cukup dengan itu, jemaah itu memberitahu antara
sikap mulia Husein apabila dia sering mengutip butiran nasi sebelum diletakkan
di lantai untuk memberi makan kepada semut.
"Jika kami berikan dia berus menyental dia tetap
tidak mahu dan ingin menggunakan berus giginya sendiri.
"Apabila ditanya, katanya rugilah kalau dia pakai
berus lantai sebab sekejap dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap dan
setiap waktu yang berlalu mencuci bilik air Allah akan berinya hadiah yang
banyak.
"Astaghfirullahalazim. Orang bagi duit dia tidak
mahu kerana katanya dia ada tangan, ada kaki boleh jalan cari makanan orang
buang, membazir berdosa. Dia tak perlukan duit. Dia beritahu hanya makan untuk
hidup dan bersihkan surau... Subhanallah!," cerita jemaah itu.
Terpegun kemerduan Husein laung azan, pernah belajar
di sekolah pondok
Pernah suatu hari, muazin surau lambat tiba untuk azan
solat Maghrib dan Husein menawarkan diri untuk mengalunkan azan dan saat itu
imam serta jemaah menitiskan air mata.
Mana tidaknya, azan yang dialunkan Husein cukup
sempurna sehingga menimbulkan keinsafan dalam diri jemaah yang mendengarnya.
"Imam bertanya pada Husein "Pandai kau azan
ya?" Jawabnya, "Memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, solat je
tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. Allah tak wajibkan aku. Korang pun tak
suka aku, semua duduk jauh-jauh"... kemudian dia ketawa," imbaunya
lagi.
Menyingkap kisah sebenar tentang Husein, jemaah itu
memberitahu lelaki itu sebenarnya seorang pelajar di sebuah sekolah pondok
namun menjadi mangsa dera ibu tiri dan bapanya sehingga dia tertekan dan mula
merayau tidak tentu arah.
Tambah jemaah itu lagi, kisah Husein boleh dijadikan
iktibar kepada kita yang masih hidup dan mencari kesempurnaan di dunia
persinggahan sementara ini.
"Allah pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan
dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan
kita... Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat dan
kepuraan zahir dan batin.
"Kisah Husein ini boleh kita ambil untuk
muhasabah diri sendiri agar segera sedar daripada khayalan yang samar dan
kembali kepada janji kita yang nyata kepada Allah yang Haq," katanya.
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/09/12/husein-orang-gila
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.