Uwais Al Qarni Manusia Yang Tidak Terkenal di Bumi Namun di Kenal Penduduk Langit - Ustadz Hanan Attaki
https://www.youtube.com/watch?v=9C_vc3jGXQY
Cintailah Uwais kerana Allah dan penduduk langit mencintai Uwais.
Uwais sangat tidak suka menjadi orang yang terkenal. Uwais sangat tidak nyaman jika dia dipuja oleh orang orang banyak.
Sangat tidak nyaman jika dia disebut di mana mana atau dibicarakan oleh banyak orang kerana sebutan orang ramai ini boleh mengundang perasaan ria, ujub atau istidraj serta membatalkan HANYA ALLAH yang berkuasa akibat insan telah menjadi sombong dengan Tuhannya apabila timbul perasaan ujud diri manusia yang berkuasa.
Dia lebih nyaman ketika dia berjalan di antara orang lain, tidak ada orang yang menoleh ke arahnya.
Ketika ada acara majlis besar, dia tidak diundang.
Ketika dia melamar perempuan, lamarannya ditolak.
Ketika dia berada di masjid, dia berada di antara barisan orang biasa, tidak pernah disuruh jadi imam.
Sangat tidak terkenal kerana dia hanya ingin kebaikan amal ibadahnya itu hanya dibalas oleh Allah swt dan bukan dari manusia.
Obsesi Uwais adalah ikhlas, tidak ujud diri serta tidak berlaku sombong terhadap Allah.
Hadis Nabi riwayat dari Abu Hurairah : Ya Abu Hurairah, Sesungguhnya Allah mencintai dari mahkluk mahklukNya yang bersih hatinya, tersembunyi yang baik, rambutnya acak acakan, wajahnya berdebu, yang kosong perutnya kecuali dari hasil pekerjaan yang halal, orang yang apabila meminta izin kepada penguasa maka tidak diizinkan, Jika dia melamar wanita wanita yang menawan, maka mereka tidak mau menikah dengannya; Jika dia tidak ada, maka mereka tidak mencarinya; Ketika dia hadir, mereka tidak mengundangnya; Jika ia muncul, kemunculannya tidak disikapi dengan kegembiraan; Apabila ia sakit, mereka tidak menjenguknya dan ketika dia mati, mereka tidak menghadiri prosesi pemakamannya.
Bagaimana Rasullulah mengetahui Uwais tergolong di antara manusia yang sangat dicintai Allah kerana Uwais tidak pernah berjumpa Rasullulah. Tentulah dengan kehendak Allah, nabi mengetahui mengenai Uwais iaitu dengan wahyu iaitu menerusi Jibril yang memberitahu dan menceritakan dengan panjang lebar mengenai Uwais kepada Rasullulah sehingga membuatkan ada para sahabat yang cemburu dengan Uwais Al Qarni.
Uwais membantu tetangga nya sehinga ia terlupa menjaga penampilan dirinya. Bukan orang terkenal, bukan orang berkuasa tetapi sangat sangat sederhana dan biasa. Perutnya kosong. Jika melamar perempuan, ditolak kerana ia miskin tiada berharta.
Jika dia sakit tiada yang menjenguk dia.
Itulah Uwais Al Qarni, pemuda miskin daripada Yaman.
Kenapa Baginda Rasullulah menyuruh Umar dan Ali supaya berjumpa dan belajar dari Uwais ?
Kenapa Uwais menghilangkan diri selepas ia jadi terkenal ?
Maka, merugilah orang orang yang telah berpaling daripada Uwais; Maka merugilah wanita wanita yang telah menolak lamaran Uwais; Maka merugilah orang orang yang jijik melihat Uwais kerana Uwais ada penyakit kulit; Maka merugilah orang orang yang telah mengatakan Uwais gila; Maka merugilah orang orang yang tidak mendekati sebaliknya menjauhi Uwais; kerana Rasullulah sendiri yang menyuruh sahabat supaya berusaha mencari dan berjumpa Uwais dan meminta Uwais yang mendoakan para sahabat.
https://www.youtube.com/watch?v=9C_vc3jGXQY
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.