Kes rogol
Delhi 2012
Pada
16 Disember 2012, seorang pelajar wanita jurusan fisioterapi[2]
dibelasah dan dirogol bergilir-gilir di Munirka, Delhi. Mangsa, dan
teman lelakinya menaiki bas dalam perjalanan pulang selepas menonton sebuah
filem di selatan Delhi. Di dalam bas tersebut, dipercayai bas persendirian,
kedua-duanya dipukul oleh lima orang penumpang dan juga pemandu, yang kemudian
merogol mangsa. Mangsa kemudiannya dicampak keluar. Mangsa yang cedera parah,
menjalani pembedahan di Delhi sebelum dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura.
Mangsa kemudiannya meninggal dunia pada 29 Disember.[3]
Insiden
ini mencetuskan kemarahan orang awam serta tunjuk perasaan diadakan bagi
membantah kejadian rogol
dan pencabulan di India,
dan juga menuntut hukuman mati terhadap penjenayah terlibat. Tunjuk
perasaan ini kemudiannya menjadi ganas dengan seorang anggota polis terkorban,
serta memaksa pihak berkuasa menutup jalan-jalan ke pejabat-pejabat kerajaan.
Keenam-enam
orang yang disyaki telah ditangkap dan didakwa dengan serangan
seksual dan pembunuhan. Salah seorang tertuduh, Ram Singh, mati dalam
tahanan polis pada 11 Mac 2013.[4]
Laporan polis menyatakan dia membunuh diri, namun peguam dan keluarganya
mengesyaki dia dibunuh.[5]
Tertuduh lain dibicarakan di mahkamah dengan segera; pihak pendakwa menyiapkan
kesnya pada 8 Julai.[6]
Pada 31 Ogos 2013, pesalah juvenil disabitkan merogol dan membunuh dan
dijatuhkan hukuman maksimum penjara tiga tahun di sebuah sarana pemulihan
akhlak.[7]
Manakala pada 10 September, empat defendan dewasa yang tinggal juga disabitkan
bersalah merogol dan membunuh dan tiga hari kemudian dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati.
Pada
pukul 9:30 malam, mangsa, seorang pelajar jurusan fisioterapi, 23 tahun, serta
teman lelakinya, seorang jurutera perisian, 28 tahun, menaiki sebuah bas
persendirian yang mempunyai enam orang penumpang selepas menonton wayang.
Ketika dalam perjalanan, temannya mula curiga apabila bas tersebut melencong
daripada laluan yang sepatutnya. Pada mulanya, geng tersebut cuba mencabul
gadis itu, tetapi teman lelakinya bertindak mempertahankan mangsa. Geng
tersebut kemudiannya memukul teman lelakinya dengan batang besi di kepala
membuatkannya tidak sedar diri. Mangsa kemudiannya diheret ke belakang bas
sebelum dirogol bergilir-gilir.[11][12]
Mangsa,
yang juga pengsan selepas dirogol, barsama teman lelakinya dicampak keluar
kira-kira sejam selepas itu. Dilaporkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada
abdomen akibat dipukul, serta kemaluannya akibat dimasukkan objek tumpul
dipercayai batang besi tersebut.[13]
Kecederaan dalaman teruk yang dialami mangsa dikatakan berpunca oleh tindakan
perogol tersebut menggunakan sebatang besi berkarat yang berbentuk L.[14]
Perogol tersebut bertindak merompak mangsa sebelum dicampak keluar dalam
keadaan separuh bogel.
Mangsa
lelaki memberi keterangan di mahkamah pada 19 Disember 2012.[16]
Mangsa wanita pula merekodkan kenyataannya kepada seorang majistret
sub-bahagian di Hospital Safdarjung pada 21 Disember, dengan kehadiran Timbalan
Pesuruhjaya Polis.[17]
Pada
28 Januari, tertuduh termuda diisytiharkan sebagai juvenil oleh Juvenile
Justice Board (JJB).[18]
Dia dibicarakan berasingan di mahkamah juvenil. Pada 31 Ogos
2013, pesalah remaja ini disabitkan merogol dan membunuh dan dijatuhkan hukuman
maksimum penjara tiga tahun di sebuah sarana pemulihan akhlak, termasuk tempoh
lapan bulan tahanan reman semasa perbicaraan.[19]
Para
tertuduh dewasa mengaku tidak bersalah.[20]
Pada 11 Mac, pemandu bas Ram Singh ditemui tergantung dari sebuah lubang udara
di selnya di Penjara Tihar sekitar 5:45 pagi.[21]
Laporan polis menyatakan dia membunuh diri, namun peguam dan keluarganya mengesyaki
dia dibunuh.[5]
Tertuduh lain dibicarakan di mahkamah dengan segera; pihak pendakwa menyiapkan
fasa pembuktian pada 8 Julai.[6]
Pada 10 September, empat defendan dewasa yang tinggal juga disabitkan bersalah
merogol dan membunuh dan pada 13 September dijatuhkan hukuman gantung sampai
mati.[8][9][10]
Selepas keputusan diberikan, orang yang menunggu di luar bilik pembicaraan
bertepuk tangan.
Tindakan
kejam oleh penjenayah serta kes rogol di India terutama di delhi yang teruk
mendorong orang awam untuk menuntut keadilan daripada pihak kerajaan dengan
mengadakan tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan ini bermula pada 21 Disember 2012
di Delhi.[23].
Tunjuk perasaan ini yang aman pada mulanya bertukar menjadi ganas apabila ia
disertai oleh orang-orang luar yang membuat kecoh[24]
dengan polis menyembur air kepada penunjuk perasaan dan penunjuk perasaan
merosakkan harta benda awam.[25]
Akibat ini, ramai yang tercedera dan juga dilaporkan terdapat kematian.[26][27]
Berikutan
tunjuk perasaan ini, bandar Delhi menjadi lumpuh apabila jalan-jalan terpaksa
ditutup bagi mengawal keadaan.[28]
Perkhidmatan kereta api bawah tanah juga terpaksa dihadkan dengan beberapa
stesen terpaksa ditutup.
Kejadian
ini yang dianggap kejam, mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa.
Perhimpunan
secara aman di Kedutaan dan Konsulat India di luar negara, dibuat oleh kaum
wanita dan komuniti India yang bersimpati dengan mangsa, menuntut agar keadilan
dapat diberikan serta undang-undang digubal bagi membolehkan kes-kes seperti
ini tidak berlaku lagi.[29][30]
Pada
29 Disember 2012, Kedutaan Amerika Syarikat di India mengeluarkan kenyataan
akhbar. Dalam kenyataan akhbar tersebut diselitkan ucapan takziah dan
menyatakan usaha untuk melupuskan segala keganasan berdasarkan jantina.[31]
Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban
Ki-moon mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan terhadap wanita adalh
sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan. Setiap wanita
perlulah dihormati dan dilindungi. Beliau juga menggesa Kerajaan India supaya
bertindak menyelesaikan kes dengan seadilnya.[32]
Di
Singapura,
di mana mangsa menghebuskan nafas terakhir, Menteri Luar merangkap Menteri
Undang-undang Singapura, K Shanmugam menulis di laman Facebooknya bahawa
hukuman mati harus dikekalkan untuk jenayah seperti ini.[33]
Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Singapura, Halimah Yacob pula menulis
di laman Facebooknya bahawa wanita masih dianggap bertaraf rendah di kebanyakan
negara.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.