Tindakan Ronnie Liu biadap - Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu merendah-rendahkan parti komponen lain disifatkan sebagai biadap dan sangat tidak berasas.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut hanya akan membawa lebih banyak perpecahan dan membantutkan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan Pakatan Harapan.
Malah, katanya,
mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar
kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective
responsibility”.
“Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang negara.
”Kedua perkara inilah yang membina negara kita,”
katanya dalam kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook miliknya pada Rabu.
Maszlee menyifatkan tindakan
merendah-rendahkan parti komponen lain sebagai satu budaya politik murahan yang
hanya akan merosakkan keadaan.
"Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan," tambah Maszlee.
Sebagai
Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa komik propaganda
politik tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan
Malaysia. KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah-sekolah di bawah
KPM.
Semua
sekolah yang telah menerima komik tersebut telah diarahkan untuk tidak
disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang
cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda murahan.
Saya
juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera
jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab
membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja
jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.
Saya
ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan
kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of law” dan juga “collective
responsibility”.
Saya
juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar
menghormati keputusan kerajaan dan patuh terhadap perlembagaan dan undang-undang
negara. Kedua perkara inilah yang membina negara kita.
Tindakan
merendah-rendahkan parti komponen lain seperti yang dilakukan oleh Saudara
Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat tidak berasas.
Budaya
politik murahan begini hanya akan merosakkan keadaan. Ia membawa lebih banyak
perpecahan malah membantutkan agenda reformasi yang sedang kita laksanakan.
Yb
Dr Maszlee Malik
23
Oktober 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.