Sokong LGBT: Ameerah mahu peruntukan SIS ditarik semula
KUALA
TERENGGANU - Ameerah Terengganu menggesa agar kerajaan menarik balik peruntukan
yang diberikan kepada pertubuhan Sisters in Islam (SIS) yang secara jelas
menyokong LGBT.
SIS
didakwa menyokong penuh perarakan itu yang turut disertai peserta LGBT pada
sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur, sehingga mengundang kecaman daripada
pelbagai pihak.
Pengarah
Ameerah Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, peruntukan yang diberikan Timbalan
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh sebanyak RM30,000 kepada
pertubuhan liberalisme itu jelas tindakan yang sangat tidak wajar.
Menurutnya,
kerajaan PH perlu memandang serius berkenaan isu itu.
"Sambutan
Hari Wanita Sedunia yang diadakan oleh segelintir pihak di Kuala Lumpur
baru-baru ini telah mempromosikan LGBT sebagai satu entiti yang perlu
diluluskan oleh kerajaan Malaysia.
"Tindakan
ini telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh negara ini, Ameerah
Terengganu mengecam tindakan ini dan menggesa pihak yang terlibat dikenakan
tindakan yang sewajarnya daripada kerajaan," katanya.
Jelasnya,
homoseksual di dalam Islam adalah satu jenayah yang melanggar tatasusila
kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Kata
Zuraida, ALLAH SWT telah menjelaskan tentang liwat dan perlakuan yang berlaku
di kalangan umat Nabi Luth AS sebagai perbuatan keji.
"Melihat
situasi semasa, peralihan kuasa kerajaan peringkat pusat dan kebanyakan negeri
digunakan pejuang LGBT untuk cuba menaikkan status mereka kepada gaya hidup
yang 'dihalalkan' sama ada daripada sudut agama, budaya mahupun perundangan.
"Kumpulan
LGBT ini bukannya tiba-tiba muncul dalam satu jumlah besar, sebaliknya sudah
lama berkembang secara senyap malah dalam sesetengah industri seperti dunia
hiburan.
"Kami
tidak menghukum golongan ini, tetapi kami ingin mengajak mereka kembali kepada
fitrah kejadian yang diciptakan Tuhan yang sempurna pada diri kita, manusia
sifatnya mudah lupa, kami hanya ingin kembalikan ingatan mereka agar menyedari
kesalahan yang dilakukan," katanya.
Zuraida
turut menyeru agar umat Islam negara ini bersama memelihara negara daripada
malapetaka ini, sebelum datangnya azab ALLAH SWT seperti tsunami yang pernah
menimpa Acheh satu ketika dahulu.
Ia
juga katanya, bertepatan dengan kaedah syarak yang menuntut kita menutup pintu
kejahatan, sekali gus menepati Maqasid Syariah itu sendiri.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.