China dituduh ambil, jual organ etnik Uighur
LONDON: Sebuah pertubuhan di China mendakwa kerajaan
negara itu mengambil jantung, buah pinggang, paru-paru dan kulit daripada ahli
kumpulan agama, termasuk etnik Islam Uighur dan Falun Gong.
China Tribunal, pertubuhan disokong badan kebajikan
hak asasi manusia Australia yang menyiasat aktiviti pengambilan organ yang
membentangkan isu kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland, kelmarin.
Menurut peguam pertubuhan itu, Hamid Sabi, China
‘memotong keluar’ jantung serta organ lain daripada mangsa yang masih hidup
yang tidak bersalah.
Menurut Reuters, kerajaan China yang mengakui pernah
mengambil organ tahanan yang menjalani hukuman mati namun dihentikan pada 2015,
menafikan kegiatan sama membabitkan etnik Uighur dan Falun Gong.
Hamid memberitahu wakil PBB pihaknya mempunyai bukti
kegiatan kerajaan China itu yang dianggap jenayah kemanusiaan.
Dalam video disiarkan di laman web China Tribunal,
Hamid yang membentangkan bukti diperoleh berkata, pihaknya mendapati sejumlah
besar tahanan ‘dibunuh untuk memenuhi tempahan’ oleh kerajaan China.
“Mereka dibedah ketika masih hidup dan dikeluarkan
buah pinggang, limpa, jantung, paru-paru, kornea dan kulit untuk dijual,” kata
laporan itu.
Organ itu digunakan untuk perubatan menyebabkan tempoh
menunggu pesakit pemindahan organ di China, menjadi singkat.
Laporan itu diketuai Sir Geoffrey Nice, peguam Britain
yang mengetuai pendakwaan bekas Presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic.
Menurut Hamid, kegiatan China itu membabitkan ratusan
ribu mangsa tetapi tidak menyatakan jumlah organ atau mangsa membabitkan etnik
Uighur dan anggota Falun Gong.
Hamid membuat kesimpulan menjadi tugas agensi
antarabangsa seperti PBB untuk menyiasat penemuan pertubuhannya yang
berkemungkinan bukan saja pembunuhan beramai-ramai, malah jenayah kemanusiaan.
Artikel ini
disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.