Total Pageviews

Sunday 5 January 2020

Anak Ahmed Deedat mati ditembak



Anak Ahmed Deedat, Yousuf, maut selepas ditembak lelaki tidak dikenali






PETALING JAYA: Ilmuan dan aktivis Islam terkenal Yousuf Deedat, 65 yang ditembak di kepala oleh lelaki tidak dikenali di luar Mahkamah Majistret di Verulam di Afrika Selatan pada Rabu menemui ajal di sebuah hospital di Pietemaritzburug pada Jumaat.

Anak beliau, Raees Deedat berkata, keluarga dan sahabat handai berada di sini ayahnya sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 petang.

“Keluarga mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diterima daripada keluarga, sahabat handai dan anggota masyarakat,” kata Raees seperti dilaporkan portal berita IOL.

Yousuf yang merupakan anak pendakwah terkenal Ahmed Deedat ditembak dari jarak dekat oleh lelaki tidak dikenali yang menghampirinya di luar mahkamah tersebut.

Pengarah sebuah syarikat keselamatan persendirian Reaction Unit South Africa, Prem Balram berkata, lelaki itu menghampiri Yousuff dan terus menembaknya.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta yang diparkir berdekatan.

“Ketika kami sampai, mangsa ditemui dengan muka terlungkup di siar kaki di situ,” kata Balram.

Jurucakap polis Thembeka Mbele berkata, Yousuff berjalan dengan isterinya ketika ditembak.

Mbele berkata, motif serangan tidak diketahui dan suspek kini melarikan diri.




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.