Etnik Uighur
masih terseksa
PADA
April 2017, Tarim seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun dari Urumqi, ibu
kota wilayah Xinjiang, China yang majoriti penduduknya beragama Islam menerima
satu panggilan telefon yang mengarahkannya ke daerah Aksu yang terletak 900
kilometer dari barat daya bandar itu.
Tarim
terus tahu dia berdepan masalah dan terus merancang untuk melarikan diri.
Merahsiakan semua itu, Tarim mempunyai masa selama beberapa jam untuk
melaksanakan rancangannya.
Dua
hari sebelum itu, Tarim pergi ke Aksu berusaha untuk menyelamatkan adik
perempuannya, Zohra yang dihantar ke kem ‘pendidikan semula’ selepas melancong
ke Turki bersamanya pada 2016.
Tarim
membayar 20,000 yuan (RM12,000) kepada pegawai untuk membenarkan dia bertemu
adiknya. Dia sebenarnya mahu menggunakan wang itu untuk membebaskan adiknya
tetapi pegawai berkenaan memberitahu ia adalah mustahil.
Tarim
dalam satu wawancara dengan Al Jazeera memberitahu, dia semakin bertekad untuk
meninggalkan Xinjiang selepas melihat keadaan di dalam kem itu.
Laporan
HRW itu menuduh China menjalankan kempen besar-besaran dan sistematik yang melanggar
hak asasi manusia terhadap etnik minoriti yang berbahasa Turki berkenaan.
Adik
Tarim ditahan bersama lebih 3,000 lagi di sebuah kem berhampiran pangkalan
tentera yang terletak di Xayar, utara Aksu.
Kem
itu mempunyai pagar kawat setinggi lima meter yang menghalang pandangan orang
ramai dan di luarnya terdapat papan tanda dengan slogan “Tiada Komunis, Tiada
China,”.
Tarim
melalui dua pintu pagar untuk tiba di pintu masuk utama yang dikawal pengawal
bersenjata dan askar lengkap dengan kenderaan perisai.
Ketika
menunggu adiknya, Tarim melihat sekumpulan 500 orang yang bercangkung di tanah.
Mereka kelihatan baru tiba dan memakai baju warna biru. Rambut kaum lelaki
semuanya botak.
Tarim,
mengenali sebahagian mereka adalah penduduk kampungnya di Aksu.
Selepas
menunggu hampir sejam, Tarim akhirnya dapat bertemu Zohra tetapi mereka hanya
dapat berbual untuk waktu yang singkat.
Tarim
mendapati adiknya sudah kelihatan lain dan wajahnya pucat. Bintik hitam
kelihatan di sekeliling mata wanita berusia 39 tahun itu yang turut merah
akibat menangis.
Zohra
memberitahu dia perlu menamatkan beberapa ‘pelajaran’ dan perlu menjalani ujian
selepas itu. Sekiranya lulus, dia akan dilepaskan.
Selepas
bertemu selama 10 minit, Tarim diarahkan keluar dari bangunan itu.
Usaha
Tarim untuk membebaskan Zohra mungkin dihidu pihak berkuasa. Dua hari kemudian
dia menerima panggilan dari polis.
Pada
hari yang sama, Tarim muncul di Lapangan Antarabangsa Diwopu di Urumqi untuk
pergi ke Aksu seperti yang diarahkan polis.
Dengan
membawa beg kecil dan tiket penerbangan, dia mendaftar masuk ke penerbangan
domestik yang dijadualkan berlepas pada jam 9.55 pagi.
Sebagai
bukti Tarim mengambil gambar pas pelepasan dan menghantar kepada pegawai polis
yang menunggu dia tiba di Aksu.
Bagi
Tarim, Xinjiang adalah rumahnya dan dia tidak pernah terfikir untuk
meninggalkan kampung halaman serta perniagaannya yang menjadikan dirinya kaya
raya.
Bagaimanapun,
Tarim perlu bertindak cepat apabila dia mendapat peluang untuk meloloskan diri.
Ketika
menunggu di lapangan terbang, Tarim menghubungi pejabatnya di Urumqi dan
meminta pekerjanya menempah tiket ke Turkey.
Pesawat
ke Istanbul akan berlepas pada jam 10.40 pagi melalui Astana, ibu negara
Kazakhstan yang berjiran dengan wilayah itu.
Tarim
tidak menaiki penerbangan ke Aksu, sebaliknya dia pergi ke pintu berlainan
untuk menaiki pesawat yang menuju ke Istanbul. Antara penerbangan ke Aksu dan
masa menaiki penerbangan ke Astana, Tarim hanya mempunyai tempoh masa selama
beberapa minit sahaja.
Sementara
menunggu pesawatnya berlepas, Tarim menggigil ketakutan kerana bimbang
ditangkap.
“Saya
tidak percaya saya mampu lakukannya. Saya sangat bimbang,” katanya.
Kisah
Tarim itu menguatkan lagi laporan terbaru HRW yang mendakwa seramai sejuta
etnik Uighur ditahan di dalam kem seperti itu di seluruh wilayah barat China
itu.
Ia
turut mengesahkan penemuan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang
secara terperinci mengenai program pengawasan besar-besaran dan menyekat
kebebasan yang disasarkan terhadap etnik Uighur serta minoriti Islam lain.
Dalam
laporan berkenaan, HRW menemubual 58 bekas penduduk Xinjiang termasuk lima yang
pernah ditahan di kem. Al Jazeera pula menemuramah Tarim dan dua lagi wanita
Uighur secara berasingan.
Bagaimanapun,
China menolak laporan terbaru PBB itu dan berkata, langkah tegas yang diambil
di Xinjiang adalah bertujuan menyekat fahaman pengganas dan pelampau.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.