Penjenayah tidak mendapat hukuman sewajarnya.
Kematian
Adib disebabkan jenayah sekumpulan individu tidak dikenali
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI]
Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya,
Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan
individu yang tidak dikenali.
Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya
sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung
chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari
van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).
"Saya merumuskan bahawa kecederaan blunt chest
trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri," katanya.
Menurutnya, kegagalan pasukan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mengawal keadaan semasa turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
"Polis gagal mengawal perusuh yang menyerang FRT
dan EMRS sebaik sahaja sampai ke lokasi untuk memadamkan kebakaran,"
katanya.
Sehubungan itu, Rofiah berkata, mahkamah menyerahkan
dapatan tersebut kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menjalankan
siasatan dan pendakwaan sekiranya diperlukan.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota
bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman,
USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17
Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Inkues menyiasat kematian Adib itu berlangsung selama
41 hari pendengaran dan menyaksikan 30 saksi termasuk saksi pakar memberi
keterangan.
Adib, anggota Jabatan Penyelamat Perubatan Kecemasan
(EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah semasa rusuhan di
Seafield pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, dia menghembuskan
nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala
Lumpur.
Inkues itu diadakan untuk menentukan punca kematiannya
susulan wujud dua versi bercanggah.
Satu versi mendakwa Allahyarham dilanggar oleh
kenderaan, manakala satu lagi versi mengatakan dia dipukul oleh perusuh.
.