Makanan
dalam plastik Tak Selamat
Ramai orang tidak kisah
makan dalam bekas plastik. Langkah kerajaan Selangor mengharamkan plastik
sangat terpuji dan adalah langkah sangat bijak dan tepat. Sekiranya negara
Filipina yang dahulunya lebih mundur daripada kita telah lama mengharamkan
penggunaan plastik dan mereka boleh menggunakan beg kertas sepenuhnya, kita
patut berasa insaf dan malu dan wajib sepatutnya telah lama sudah kita mengharamkan
penggunaan plastik bagi membungkus makanan atau membungkus apa apa barang bukan
makanan.
Ini kerana, bekas makanan
plastik yang memegang makanan anda dibuat daripada sebatian kimia minyak mentah
(crude oil). Polimernya tidak stabil dan boleh membebaskan bahan kimia
berbahaya yang dipanggil phtalates, dioxin dan sebagainya. Sebatian kimia ini
boleh menyebabkan penyakit jangka panjang seperti kanser, kerosakan saraf,
lembam dsbnya.
Sebatian kimia ini juga
dipanggil sebatian mengendala hormon ( Endocrines Disrupting Chemicals, EDCs )
kerana sifatnya EDCs dapat meniru dalam 70% stimulasi hormon wanita estrogen.
Akibatnya, anak lelaki anda cenderung menyerlahkan sifat kelembutan wanita
(menjadi pondan) dan anak perempuan anda terlajak cepat mendapat akil baligh
yang belum dan tidak lagi sampai umur matang yang sepatutnya... Dalam erti kata
lain : Pertumbuhan anak anda yang mendadak, cepat serta luarbiasa.... Apakah
sel sel yang sama dengan pertumbuhan mendadak ini? Tepat sekali iaitu kanser
kerana barah adalah pertumbuhan sel sel abNormal dengan cepat dan secara tidak
terkawal. Sel sel kanser mengaruh salur darah disekitarnya menjadi semakin
besar untuk memberikan makanan dan oksijen untuk kanser terus menerus
berproliferasi yakni membesar dan mengambil alih kedudukan sel sel yang
Normal!!!
Justeru beralihlah anda
semua ke pembalut makanan semulajadi alami dan haramkan penggunaan plastik.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.