Cacing bersarang dalam mata wanita
New York: Seorang wanita dari Oregon dipercayai individu pertama di dunia
yang dijangkiti spesies cacing kecil pada bahagian mata, yang sebelum ini hanya
berlaku pada lembu dan ia disebarkan oleh lalat pemakan pelincir mata.
Saintis di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS)
(CDC), berkata, 14 cacing daripada spesies Thelazia gulosa, sepanjang 1.27
sentimeter berjaya dikeluarkan dari mata wanita berusia 26 tahun, dalam tempoh
20 hari sebelum gejala yang dialaminya hilang.
Hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan dan Kesihatan
Tropika Amerika itu, mendedahkan cacing spesies Thelazia sering ditemui pada
lembu yang diternak di utara AS dan selatan Kanada.
Menurut saintis, kajian itu menunjukkan kawasan Amerika Utara lebih terdedah
dengan masalah itu berbanding apa yang difahami sebelum ini mengenai jangkitan
berkenaan.
Penyelidik juga berpendapat, jika cacing itu kekal lebih lama dalam mata
seseorang individu, ia boleh menyebabkan parut pada kornea dan kemungkinan
besar mangsa boleh mengalami buta.
Wanita itu mengesan satu cacing kecil yang lut sinar pada mata kirinya
selepas mengalami kerengsaan.
Kata penyelidik, wanita itu dijangkiti cacing berkenaan kerana sering
berada diluar rumah ketika musim panas.
“Kes jangkitan parasit cacing pada mata jarang berlaku di AS dan kes
membabitkan spesies Thelazia ini tidak pernah dilaporkan berlaku pada manusia,”
kata ketua penyelidik, Richard Bradbury.
Bradbury yang juga penyelidik Bahagian Penyakit Parasit dan Malaria, CDC,
berkata sebelum ini, dua spesies cacing dikenal pasti menjangkiti manusia dan
Thelazia gulosa adalah spesies ketiga.
Kes jangkitan cacing di seluruh dunia
sebelum ini banyak dilaporkan di Eropah dan Asia terutama sekali di kawasan
terpencil yang berhampiran dengan haiwan serta taraf hidup yang rendah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.