kaedah
kenal pasti madu kelulut asli
Ketua penyelidiknya,
Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim berkata, bukti saintifik hasil daripada
penyelidikan berkenaan juga dapat membantu industri madu kelulut kekal berdaya
saing.
Menurutnya,
penyelidikan itu juga dapat memastikan harga madu kelulut yang diketahui 10
kali ganda berkhasiat daripada madu biasa itu kekal stabil.
“Berdasarkan kajian
mendapati 80 peratus madu yang dijual di pasaran adalah tiruan dan di campur
dengan bahan lain seperti gula seperti sukrosa mahupun bahan yang biasanya
digunakan sebagai pemanis kek.
“Madu yang mempunyai
campuran gula sudah tentu mempunyai kesan terhadap kesihatan pengguna khususnya
penghidap diabetes. Malah pengusaha madu kelulut asli juga terpaksa bersaing
dengan produk tiruan di pasaran.
“Justeru, melalui
penyelidikan secara sistem chemometric ini iaitu melalui pengumpulan data
ia dapat membantu mengenal pasti sama ada madu berkenaan adalah asli atau
sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata,
walaupun khasiat madu kelulut yang mengandungi bakteria asid laktik dan enzim
memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia bagaimanapun ia belum dapat
dibuktikan secara saintifik.
Raja Kamarulzaman
berkata, dengan adanya bukti saintifik ini madu kelulut dapat bersaing di
pasaran sebagaimana produk madu manuka dari Australia dan New Zealand.
Katanya, bagi
membantu industri madu kelulut di negeri ini pihaknya juga menggunakan sampel
yang dikumpulkan daripada pengusaha JBees di tiga daerah di negeri ini.
Majlis penyerahan 42
sampel madu kelulut JBees diwakili Presidennya Hazrulnizam Abu Bakar kepada
Raja Kamarulzaman berlangsung di bilik mesyuarat Fakulti Sains UTM, semalam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.