Total Pageviews

Saturday 3 March 2018

Garam Bukit untuk kelulut


Garam Bukit untuk kelulut


Sekiranya anda memelihara kelulut, pastikan anda ada meletakkan sedikit garam bukit berhampiran sarang kelulut. Kelulut memerlukan sedikit garam untuk metabolism Normal dalam badannya serupa anda yang juga memerlukan sdikit garam galian.

Garam terbaik adalah garam bukit tetapi harganya mahal sedikit dari garam biasa. Garam biasa mengandungi bahan kimia anti beku (anticaking agent) yang tidak diketahui kesan buruknya kepada kesihatan anda untuk jangka masa panjang.

Sekiranya tiada garam diletakkan, kelulut akan berusaha mencari garam sendiri mungkin daripada timbunan najis seperti air kencing manusia atau haiwan.



Garam bukit merupakan makanan kesihatan yang semakin mendapat perhatian masyarakat umum.
Dikenali dengan nama yang unik iaitu garam bukit, merupakan sejenis garam yang dihasilkan daripada mata air garam yang terletak di tanah tinggi.
Walau pun mata air garam ini masih tetapi masih boleh diminum tanpa memudaratkan kesihatan tubuh badan.
Garam bukit mengandungi khasiat yang tinggi antaranya tinggi kandungan iodin, meningkatkan tahap intelektual terutamanya di kalangan anak kecil, natrium, kalsium, kalium, zat besi, fosforus,
magnesium, mangan, kuprum dan juga zink.
Antara kawasan garam bukit yang popular di Malaysia adalah di Sarawak yang terletak di Bario dan Ba’kelalan.
Mari kita lihat kaedah pemprosesan garam bukit.
Secara umumnya kaedah sejatan menggunakan bahan api diguna-pakai bagi menghasilkan garam bukit.
1. Pengumpulan air garam
2. Pendidihan bagi sejatan
3. Penghasilan garam kristal
4. Proses membuang air daripada kristal yang terhasil
5. Proses Pengeringan
6. Garam terhasil
7. Pembungkusan
Selamat menikmati garam bukit!





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.