Apakah yang anda perlu tahu mengenai madu? – Bersama pakar, Dr.
Suri Roowi, Saintis MARDI
Ikuti
penjelasan Dr. Suri Roowi, Saintis MARDI mengenai apakah yang anda PERLU TAHU
MENGENAI MADU.
Soalan
1 – Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
– Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi
enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan
membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim. Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan
2 – Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
– Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20
jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan
menunjukkan bahawa kebanyakkan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan
diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus
besar manusia. Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini
diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Sebaiknya,
madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya
dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan
3 – Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau
makanan lain?
Jawapan
– Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan
berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan
banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah
boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan
buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu. Jika anda ingin
minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan
kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah
menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas
kematian seseorang.
Beliau
(Aisyah) berkata “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda;
Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan
sebahagian kesedihan” Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu.
Barli juga tinggi beta-glukan dan beta-glukan;
a.
merupakan fiber larut air
b. tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
d. bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia
Buah
juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakkan bahan berkhasiat dalam buah
adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga
akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam
bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan
4 – Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
– Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa
kaedah ringkas. Diantaranya adalah;
a.
Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan
memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
Madu
lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan
mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama. Semua kaedah
di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya.
Cara
yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran
iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
“…kemudian
makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan
Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang
berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang
demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….”
a.
Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya
warna kuning emas, warna gelap cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
c. Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
d. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
e. Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan
5 – Adalah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
– Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika
telah dibuang airnya). Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak
jika didedahkan pada suhu tinggi. Molekul madu contohnya karbohidrat akan
berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti
dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas.
BIODATA
PENULIS –
Dr
Suri Roowi, Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan
(Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI.
Beliau
banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan
buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Madu Kelulut Malaysia.
Beliau
juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan berasaskan
madu.
Dr
Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal (melibatkan kajian ke atas tikus)
dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke
atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh.
Sebelum
ini beliau pernah bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIM. Slot ini
banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan
#DrSuriRoowi
#betterMARDI #ourfoodourfuture
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.