Pengganti minyak hitam
HANYA minyak masak
berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam
Malahan sudah terdapat segelintir
penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir
atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael
Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak
yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter
minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai
kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130,
tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam
semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam'
yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak
sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah
lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta
ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel
tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai
minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga
minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak
kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan
minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun
yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta
graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika
Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling
sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula,
mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam
kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar
negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak
berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau
mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak
sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa
sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak
berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan
menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai
syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik
kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai
supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum
menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih
lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.
name.my.
Orang ramai juga boleh melayari laman
web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk
maklumat yang sama. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.