Total Pageviews

Saturday, 3 March 2018

Hargai anak anak anda


Hargai anak anak anda


Petuanya:

1.   Jika anakmu menangis, lekaslah memujuknya dengan menunjuk burung di awan atau bulan di langit agar dia melihatnya. Dia akan terdiam kerana psikologi manusia tatkala menangis adalah menunduk.

2.   Jika ingin anakmu berhenti bermain playstation, jangan berkata “Dah stop sekarang”. Tapi katakan kepada mereka “main lima minit lagi ya.” Kemudian ingatkan lagi , “ Dua minit lagi ya,” Kemudian barulah katakan “dah, waktu main sudah habis.” Mereka akan berhenti bermain.

3.   Jika anakmu sedang bertelingkah atau membuat riuh rendah kemudian kita ingin mengalihkan perhatian mereka, “ maka katakanlah : “ Siapa yang mau mendengar cerita ibu? Angkat tangan.” Salah seorang akan mengangkat tangan kemudian akan disusul oleh anak anak yang lain. Kemudian mereka semuanya akan diam.

4.   Katakanlah kepada anak anak semasa mahu tidur, “tidur sayang, besok pagi kita akan solat subuh.” Maka perhatian mereka akan sentiasa ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur. Esok kan ke sekolah” maka perhatiannya menjurus kepada dunia.

5.   Nikmati serta hargailah masa kecil anak anakmu kerana masa akan berlalu dengan sangat cepat. Bergelak ketawalah bersama mereka. Berguraulah sama mereka. Bermainlah bersama mereka. Kenakalan dan kekanak kanakan mereka tidak lama. Ia akan menjadi kenangan. Mereka akan menyisipkan masa yang anda luangkan di dalam memori mereka kerana memori kanak kanak sangat kuat dan bersifat kekal.  Masuklah anda ke dalam dunia mereka kerana dunia mereka adalah dunia tanpa stress. Hanya keseronokan dan kepuasan. Percayalah bahawasanya anda juga akan mendapat untung kebaikan rahmat dengan menghayati dunia mereka. Pergilah anda ke sekolah mereka. Lihatlah dan beri sepenuh perhatian anda tatkala mereka mendapat hadiah, berlatih kompang, bersukan dsbnya.

6.   Tinggalkan game, gajet, hp dan tv. Jika ada teman menelefon urusan tidak penting katakan : “Maaf saya sedang sibuk dengan anak anak” Semua ini tidak akan menjatuhkan martabat anda atau wibawa anda. Anda bijaksana sekiranya menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak anak anda.

7.   Berdoa selalu kepada Allah untuk rahmat, berkat dan kesejahteraan anak anak anda. Perdengarkan doa anda dihadapan mereka agar mereka tahu anda mementingkan pelajaran, keselamatan dan kesejahteraan mereka. Mereka juga akan tahu betapa anda menghargai mereka dan betapa pentingnya mereka kepada anda.

8.   Cepatlah balik dari kerja ke rumah anda. Jangan buang masa berharga keluarga anda dengan berada lama di pejabat. Waktu bersama anak anak anda lebih penting dari kerja opis anda.  





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.